Followers

Terima Kasih Sahabat...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pertama-tama kalinya penulis ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat sahabat-sahabat yang pernah menemani penulis sepanjang penulis berada di Perlembahan Nil hari tu. Sahabat-sahabat yang lama dan baru tetap dalam ingatan dan doa penulis sentiasa.

Sebenarnya penulis sendiri tidak menyangka yang penulis akan pulang ke tanah air pada tahun 2010 baru-baru ini. Keputusan untuk pulang ke tanah air hanya dibuat beberapa hari sebelum penulis membuat tempahan tiket Egypt Air. Itupun bagi memenuhi hasrat beberapa orang  individu yang inginkan agar penulis pulang bercuti ke tanah air. Tanpa penulis fikir panjang, penulis terus sahaja bersetuju dan membuat tempahan tiket flight.

Dibenak fikiran penulis waktu itu “adakah mungkin aku dapat balik memandangkan iqamah sudah bertahun-tahun tidak disambung? ” iye, penulis hanya menyambung iqamah selama dua tahun sahaja sejak penulis tiba ke Mesir pada tahun 2004 lalu. Selepas itu penulis sudah tidak lagi menyambungnya sehinggalah penulis terpaksa mentajdid balik pasport penulis pada tahun 2009 dan terus pulang bercuti ke Malaysia pada tahun 2010.

Tetapi Allah-lah yang merupakan Sebaik-baik Penolong dan Pembantu yang membantu penulis melepasi benteng terakhir di Mator Kaherah hari tu. Bila dikenang-kenangkan kembali, rasa bersyukur yang amat sangat kepada Kekuasaan dan Kebesaran Allah Subhanahu Wa Taala. Bagi penulis hanya ada satu sebab jer yang membuatkan penulis agak keberatan untuk menyambung iqamah. Sebab itu adalah ‘BERATUR’. Beratur yang memakan masa setengah hari itu sehingga mengorbankan perkara yang lebih mustahak bagi penulis merupakan kelemahan penulis yang amat ketara.

Maha Benar Allah Taala ketika berfirman di dalam Hadith Qudsi yang bermaksud “Sesungguhnya aku seperti zhon hamba-Ku”. Justeru itu, berbaik sangkalah kepada Allah Taala sentiasa walaupun perkara itu agak mustahil untuk dicapai tetapi ketahuilah bahawa tidak ada perkara yang mustahil bagi Yang Maha Kuasa !

Penulis dihujani soalan yang sama iaitu bagaimana penulis boleh lepas yang kebiasaannya mereka yang tidak mempunyai iqamah tidak dibenarkan untuk pulang ke tanah air. Biarlah jawapan bagi persoalan itu menjadi kenangan yang termanis buat penulis.

Kepada sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Rebutlah peluang keberadaan antum di bumi Anbia dengan melaksanakan kewajipan belajar tersebut. Kurang-kurangkanlah bermain kerana ianya menghabiskan masa sahaja. Tambahan di musim sejuk sekarang ini, diri antum perlu dilatih sekarang ini agar kurangkan tidur. Antum tidak ada masa tidur yang banyak apabila antum pulang ke Malaysia kelak. Yang terakhir, penulis doakan agar Allah memberi pertolongan yang maksima kepada antum dalam imtihan yang sedang dilalui. Bit Taufiq Wan Najah..

Sekian, Wassalam.

0 comments: