Alhamdulillah…selaut kesyukuran di panjatkan ke hadrat Ilahi. Selawat serta Salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga, sahabat andai serta pengikut setia Baginda hingga ke akhir zaman.
Sudah genap setahun penulis meninggalkan bumi barakah iaitu Ardhul Kinanah. Meneruskan hidup serta perjuangan di tanah tempat tumpah darah sendiri memerlukan ketabahan dan kesabaran yang bukan sedikit. Maklumlah…akhir zaman nie fitnah mmg byk di merata-rata.
Untuk entri kali ini penulis ingin merujuk kepada satu soalan yang pernah diajukan oleh seorang penanya yang berbunyi “ Kawan lelaki saya belum berkahwin. Dia mengambil anak angkat bayi peempuan luar nikah. Apakah hukumnya ?”
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Sama-samalah kita renungkan…mungkin juga dari jumlah yang disebut di atas termasuk dari kalangan ahli keluarga kita sendiri ataupun sanak saudara kita ataupun jiran tetangga kita ataupun masyarakat yang hidup bersama kita. Justeru….adakah kita hanya sekadar melihat sahaja !! Tepuk dada..tanya iman…
Kita berbalik pada soalan di atas…..
Mengambil anak angkat ada kalanya dilarang dan ada kalanya disuruh dan dipuji syarak.
Mengambil anak angkat bagi dijadikan sama seperti anak sendiri adalah dilarang oleh syarak sepertimana dilarang menukar ‘bin’ anak angkat tersebut.
Yang jelasnya, anak angkat bukan anak kandung sendiri sekalipun kita teramat menyayanginya. Hukumnya tetap tidak sama dengan anak sendiri. Anak angkat adalah Ajnabi, manakala anak sendiri adalah mahram.
Apabila seseorang mengambil anak angkat atas dasar kasihan kepadanya seperti anak luar nikah yang tidak diperdulikan, maka ianya disuruh oleh syarak. Namun begitu, harus menjaga peraturan dan syarat yang ditetapkan. Berurusan dengan bukan mahram tidak boleh melihat auratnya dan tidak boleh bersunyian atau berdua-duaan dengannya.
Keluarga angkat yang memelihara serta menjaga anak angkat dengan penuh kasih sayang akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah Subhanahu Wata’ala.
Nasihat penulis, sekiranya anak angkat itu belum berusia dua tahun, jadikannya mahram dengan jalan susuan. Sekiranya bapa angkat masih lagi bujang, maka berikan saudaranya yang perempuan untuk menyusukan anak itu sebanyak lima kali. Melalui cara itu, anak angkat tadi akan menjadi anak saudara susunya.
Apabila sudah sah menjadi mahram susuan, maka hukumnya harus dia tinggal bebas di dalam rumah dan auratnya sama seperti aurat saudara kita sedndiri.
Sekian dulu untuk entri kali ini. Semoga penanya serta pembaca yang budiman sekalian mendapat manfaat dari penulisan ini. Sekian, Wassalam
0 comments:
Post a Comment