Followers

Iftitah Entry..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji-pujian kepada Allah Subhanahu Wa Taala, selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, kaum keluarga, sahabat-sahabat serta pengikut setia Baginda sehingga ke hari akhirat.

Sudah lama penulis tidak berbicara di alam maya ini. Apa yang nak dikongsi pun penulis agak terbukam. Tugas dan tanggungjawab yang banyak menyumbang sedikit beban kepada penulis di saat ini. Walau apa pun penulis  berharap agar ianya dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Ameen Ya Rabbal ‘Alamin.

Hati dan fikiran penulis sentiasa teringat kenangan manis di Bumi Anbia. Rasa penyesalan pun ada apabila masa yang diperuntukan sebelum ini diabaikan begitu sahaja. Beberapa tahun di Perlembahan Nil sepatutnya menambahkan ilmu pengetahuan penulis yang sedia ada, pun begitu beberapa tahun itu tidak digunakan sebaik mungkin sehingga penulis terasa kerugiannya.

Kini, penulis berada di Negeri Selangor bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan. Belum puas berada disamping keluarga tersayang, penulis terpaksa mengemas pakaian untuk meneruskan perjuangan di negeri orang. Berada sebulan di pangkuan keluarga dan orang kampung banyak mengajar penulis tentang peri pentingnya mendalami setiap sudut ilmu agama itu. Iye, setiap sudut ! Bukan hanya beberapa sudut tertentu sahaja !

Hari ini, penulis berada seorang diri di sebuah rumah yang disewa bagi menyelesaikan amanah yang ditaklifkan. Berbekalkan segelas air dan beberapa buah buku rujukan, sekali sekala keyboard laptop yang jadi tumpuan, penulis terfikir apakah yang bakal diberi santapan kepada jiwa anak muda yang dahagakan belaian iman dari seseorang. Inilah persoalan yang main dibenak fikiran penulis sejak kebelakangan ini.

Mengikut jadual peribadi hari ini, penulis terpaksa ke Gombak bagi menghadiri jemputan majlis yang dibuat oleh seorang teman. Pergi atau tidak penulis tidak dapat mempastikannya lagi. Penulis berharap agar rahmat Allah dan pertolongan-NYA sentiasa diberikan kepada hambanya yang lemah ini. Ameen.

Semoga catatan pertama ini selepas sekian lama tidak menulis akan memberi inspirasi kepada penulis untuk terus berkongsi paling kurang kepada anak murid penulis yang disayangi sekalian. Sekian Wassalam.

0 comments: