Followers

Pesanan buat AGEN !

Salam sejahtera buat pengunjung sekalian,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Taala, Tuhan pencipta alam semesta. Selawat serta salam buat junjungan mulia Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga, sahabat dan para pengikut setia baginda hingga ke akhir zaman.

Entri kali ini penulis ingin tujukan khas buat agensi yang terlibat menghantar pelajar fakulti perubatan di universiti-universiti di Mesir. Penulis bukanlah tidak menyokong pelajar perubatan dihantar ke Mesir, jauh sekali penulis tidak setuju. Bahkan penulis juga sependapat dengan sahabat-sahabat yang lain. Mesir merupakan bumi lahirnya para ulama’ dan cendiakawan bukan sahaja di Malaysia bahkan di serata dunia.

Dahulu, Al-Azhar menjadi matlamat pengembara ilmu. Walau sedikit sukar, mereka tetap akan cuba untuk sampai ke university Islam tertua ini. Natijahnya, selepas kesusahan dan kesulitan yang ditempuhi, kejayaan dan keberhasilan memahami Syariat Islam dengan baik dapat dijadikan bekalan pulang ke tanah air tercinta. Ilmu yang diperolehi di Al-Azhar di amalkan dengan sempurna di samping memahamkan masyarakat tempatan yang masih dalam keadaan jahiliah supaya kembali kepada ajaran Islam yang syumul dan lengkap. Itu dulu……

Adapun kebelakangan ini, beberapa pihak iri hati dengan perkembangan positif Islam di tanah air. Bagi mereka pelajar lepasan Al-Azhar merupakan penghalang kepada mereka untuk mencapai cita-cita mereka. Ada yang keterlaluan dikalangan mereka sehinggalan berpendapat bahawa pelajar lepasan Al-Azhar inilah penyekat periuk nasi mereka. Buktinya, apabila pelajar-pelajar ini membawa kefahaman Islam yang benar di kalangan masyarakat setempat, mengamalkan dengan ibadah-ibadah yang sahih, memahamkan hukum hakam dengan betul dan tepat sekali gus menolak dan membenci amalan-amalan yang bercanggah dengan Islam yang telah mereka amalkan sejak puluhan tahun. Inilah penyakit hati mereka.

Justeru, mereka memerlukan segolongan puak yang mampu merubah biah solehah yang mula berkembang dikalangan azhari dan azhariah. Hanya dengan merosakkan budaya inilah mampu membuatkan mereka berjaya mencapai matlamat dan cita-cita yang mereka inginkan. Ini jelas terbukti apabila beberapa puak yang dihantar ke Mesir selama ini gagal mematahkan semangat dan merubah suasana yang berkembang positif di kalangan penuntut disini. Inilah kehebatan Islam. Selagi penganut tetap berpegang teguh dengan agama, selagi itulah mereka tetap mulia walaupun dihina. Selagi mereka berpegang teguh dengan agama, selagi itulah mereka kuat walaupun ditekan dan disekat. Ini merupakan sunnatullah.

Sehubungan itu, sunnatullah ini tidak boleh diubah oleh sesiapapun dikalangan makhluk-Nya. Justeru, penulis ingin menasihatkan kepada semua yang terlibat dan berkaitan dengannya terutama sekali AGEN yang menghantarkan pelajar ke Mesir dalam jurusan Perubatan dan sekutu-sekutunya agar :

1)      Sila pastikan pelajar dibawah tajaan anda berakhlak baik atau ; berusaha untuk menjadikan akhlaknya baik atau; meninggalkan akhlak yang rosak atau; berusaha meninggalkan akhlahnya yang rosak.

2)      Pastikan pelajar di bawah tajaan anda didoktrinkan terlebih dahulu dengan adab-adab Islamiah atau; akan menerima pendoktrinan adab-adab Islamiah di Mesir daripada para alim ulama’ disini.

3)      Pastikan anda menjaga pelajar tajaan anda dengan baik. Sekiranya tidak mampu sila serahkan mandat menjaga pelajar tajaan kepada mereka yang bertanggungjawab dan amanah.

4)      Pastikan pelajar di bawah tajaan anda mampu menjaga suasana positif yang telah diwarisi oleh pelajar-pelajar terdahulu.

Sekiranya anda tidak mampu membuat perkara-perkara di atas, eloklah anda menghantar pelajar tajaan anda ke negara lain. Pihak AGEN, JPMK, KEDUTAAN MALAYSIA di MESIR, dan semua pihak hendaklah memandang serius berkenaan keruntuhan moral dan akhlah pelajar di bumi Mesir. Ketahuilah bahawa keruntuhan akhlak inilah punca kepada kerosakan alam semesta. Diharap semua pihak dapat mengatasinya. Sekian….

0 comments: