Followers

Facebook mengundang seribu satu FITNAH !


Penulis agak terkejut dengan berita ini : USA, Arkansas 7 April - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun menyaman ibunya atas dakwaan memfitnahnya di laman Facebook. Wanita itu, Denise New dituduh atas dakwaan mengganggu dan anaknya yang mana nama tidak didedahkan meminta supaya ibunya dihalang daripada menghubunginya. Pihak berkuasa memberitahu KATC-TV remaja itu menetap bersama neneknya yang mendapat hak penjagaan. New berkata, dia percaya bahawa dia mempunyai hak sah untuk mengawasi aktiviti harian anaknya dan merancang menentang tuduhan itu. Pendakwa, Todd Turner bagaimana pun enggan mengulas alasan usia remaja berkenaan.

Laman-laman sosial yang tumbuh bagaikan cendawan sekarang ini, adakalanya boleh menimbulkan fitnah duniawi jika disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu. Laman yang sepatutnya khas untuk perbicaraa soal-soal kerja, perniagaan, politik dan kehidupan akhirnya digunakan sebagai senjata oleh mereka yang ketagih kasih sayang dan cinta untuk mendapatkan pasangan masing-masing. Akhirnya dengan ayat-ayat power dan madah berhelah yang cukup licik, ramai anak-anak muda terutamanya golongan wanita tertewas dengan gelodak fitnah laman seperti ini. Malah ada banyak juga kes, isteri orang berhubung dengan suami orang malah hingga ke peringkat mengadakan hubungan sulit dan seks di merata tempat kerana sayang. Inilah yang jelas merosakkan umat Islam pada hari ini sebenarnya. Oleh itu, kita tidak hairan dengan tindakan anak yang sanggup meyaman ibunya sendiri gara-gara fitnah yang dikatakan berlaku di laman facebook itu. Apapun, pandai-pandailah membawa diri agar tidak terlibat ke kancah fitnah seperti yang berlaku kepada manusia akhir zaman.

Penulis juga ingin menasihatkan supaya para pengguna facebook dapat terutama di kalangan wanita dapat berwaspada. Gambar-gambar memampangkan muka sendiri juga merupakan perkara yang mengaibkan bagi seorang wanita muslimah. Seorang wanita muslimah ialah orang yang mampu menjaga maruah diri mereka sendiri. Inikan tidak, lebih memeranjatkan penulis, ada dikalangan pengguna facebook sudahlah meletakkan gambar mereka yang beraksi, dimuatkan juga bersama gambar keluarga dan sanak saudara. Yang menjadi masalah ialah gambar kaum hawa dipamerkan kepada semua orang !

Adakah anda suka gambar anda ditertawakan oleh beberapa puak ? Iye, sedar ataupun tidak, itulah kenyataannya. Walaupun tidak semua berperangai begitu, namun apa yang penulis utarakan sesuatu hakikat dan kenyataan. Justeru, jagalah maruah anda dengan menghadkan atau lebih selamat menyorok gambar-gambar anda yang memualkan pada pandangan umum. Sekian.

0 comments: