Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wa Taala kerana dalam kesibukan masih ada ruang untuk terus menulis. Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di bulan kelahiran Baginda ini. Hadirnya Baginda membawa rahmat buat sekalian alam. Ya Allah, kami bertawassul dengan kekasih-Mu yang mulia ini agar Engkau pimpini kami menuju keredhaan-Mu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Tajdid perkara yang tidak asing lagi. Kita biasa mendengarnya. Kali ini penulis ingin membicarakan berkenaan Tajdid yang pernah digunakan oleh kekasih hati iaitu Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Sudah tentu bukan tajdid minda !
PENGERTIAN TAJDID MENURUT HADITH
Tajdid adalah istilah yang digunakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi menjelaskan proses pembaharuan dalam urusan umat Islam, mendokong Islam sebagai Ad–Deen dalam kehidupan mereka. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
“Allah akan melahirkan daripada umat ini pada setiap 100 tahun seorang yang akan memperbaharui urusan umat Islam dalam Deen”.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :
“Akan masih wujud satu kumpulan dari umatku yang berjuang untuk menegakkan kebenaran yang bersungguh-sungguh sehingga hari qiamat”.
UNSUR-UNSUR DALAM PERLAKSANAAN TAJDID MASA KINI
Tajdid Islami masa kini mestilah dilaksanakan di atas dasar merubah masyarakat secara Inqilabbiyyah (menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah ) dan satu perubahan secara total. Perubahan ini mestilah berteraskan kepada akidah yang benar. Dalam perlaksanaan tajdid Islami masa kini penekanan mestilah dilakukan terhadap unsur-unsur berikut:
1) Pembetukan Harakah Islamiyyah yang kuat dan kukuh.
2) Penyediaan strategi dan program-program perubahan yang teratur dan terencana. Penyediaan program ini hendaklah menekankan penelitian terhadap perkara-perkara berikut.:-
2.1 Mengenal jahiliyyah dan mengenalpasti sejauh manakah ia talah menular dan bertapak dalam masyarakat
2.2 Mengenal kekuatan dan kelemahan kuasa-kuasa jahiliah
2.3 Mengenalpasti tapak-tapak kuasa dan seluas manakah pengaruhnya di mayarakat dan sejauh mana kesan terhadap faktor-faktor lain yang boleh membawa kepada perubahan.
2.4 Melalui keupayaan dan kemampuan tenaga-tenaga pengerak ke arah perubahan.
2.5 Melaksanakan secera amali (praktikal).
3) Menolak sebarang unsur ta’addud yang bersifat berlawanan dan hanya menegakkan Islam atas dasar perjuangan yang telah ditetapkan oleh Harakah Islamiah.
TUNTUTAN MEMBENTUK TANZIM HARAKI DAN KEWAJIPAN BEKERJA DI DALAMNYA
Dalam tempoh ini, para da’ie perlu memerhatikan masalah amal, bagaimana caranya memulai kehidupan menurut Islam dan menegakkan hukum Islam dikalangan masyarakat. Para da’ie perlu yakin bahawa tugas ini adalah tugas keagamaan dan hukumnya adalah WAJIB. Bagi memulai kehidupan seperti ini, tentulah memerlukan satu jamaah Islamiah yang mengadakan satu gerakan yang teratur.
Untuk meneliti perkara ini ,para da’ie perlu memberikan perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
1) Dakwah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam merupakan satu gerakan.
Sebagai landasan yang merupakan satu gerakan yang telah dipraktikkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Baginda telah memilih tenaga-tenaga teras sebagai pendokong kepada pelayaran kapal Islam. Selepas itu ternyata kapal Islam penuh sesak dengan penumpang dari seluruh dunia. Demikianlah strategi dakwah Rasulullah yang perlu di praktikkan pada masa kini.
2) Amal jamaie satu kewajipan Dinul Islam.
Kita wajib hidup menurut landasan Islam. Kewajipan ini tidak dilaksanakan tanpa mengintima’kan (menggabungkan) diri dalam Jamaah Islamiyyah. Justeru itu, membentuk Jamaah Islamiah sebagai kesinambungan gerakan Islam di zaman Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam hukumnya adalah WAJIB.
Dalam al-Quran dan as-Sunnah terdapat banyak perintah supaya kaum Muslimin bersatu padu dan saling tolong-menolong dalam satu barisan yang kukuh. Sebagaimana dalam firman Allah:
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
“Kamu adalah umat yang terbaik, yang dilahir untuk umat manusia, menyuruh kepada berbuat baik dan melarang orang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah” (Al-Imran ayat 110)
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
“Kenapa tidak pergi satu kelompok yang kecil dari detiap golongan yang besar di antara kamu untuk memperdalami pengetahuan dalam agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila dia telah kembali kepada kaum mereka, supaya kaum mereka dfapat menjaga dirinya.”
(At-Taubah ayat 122)
DALIL PERLUNYA AMAL JAMAI’E
Amal jamai’e bermaksud suatu perkara yang diputuskan oleh jamaah yang bernizhom selaras dengan manhaj (sistem) yang telah ditentukan, bertujuan mencapai matlamat yang tertentu.
Keperluan amal jama’i adalah berdasarkan dalil-dalil berikut :
1) Dalil-dalil Al-Quran.
Firman Allah Taala :
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya”
Surah Ali I’mran : 104
MATLAMAT HARAKAH ISLAMIAH
Matlamat harakah Islamiah adalah untuk menegakkan ad-Din Allah di muka bumi ini. Ini bermaksud apa yang berlaku di atas dunia ini hendaklah tunduk kepada undang-undang dan hukum Allah sahaja. Matlamat ini adalah berdasarkan kepada firman Allah;
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melaikan hanya untuk beribadat kepada-Ku”.
(Adz Dzariyat: 56)
Ibadat dalam ertinya yang luas adalah satu pengertian yang merangkumi sesuatu yang diredhai Allah, firman Allah yang bermaksud:
“Orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh ma’ruf dan mecegah daripada kemungkinan, dan kepada Allah kembali segala urusan.”
Ungkapan mendirikan solat bererti mereka kemungkinan atau kemudahan menyembah Allah, manakala ‘al amru bil ma’ruf wan nahyu ‘anil munkar’ bererti memungkinkan setiap orang yang hidup dalam system Islam. Iaitu di dalam system ini, seluruh urusan negara dilaksanakan di atas dasar undang-undang Islam.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada suatu ketika telah mengambil mushaf dengan sebelah tangannya dan pedang dengan tangan yang lain, lalu bersabda ;
“(maksudnya) aku di utuskan dengan membawa ini (Al Qur’an) dan dengan ini pula (pedang) Aku harus meluruskan dengan ini (pedang), siapa sahaja yang hendak menyeleweng dari ini (Al Quran).”
Firman Allah:
يَوْمَ يَجْمَعُكُمْ لِيَوْمِ الْجَمْعِ ۖ ذَٰلِكَ يَوْمُ التَّغَابُنِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“Dialah yang mengutuskan rasul-Nya dengan membawa pertunjuk dan din yang benar agar dia memenangkannya di atas cara-caranya hidup yang lain, meskipun, orang-orang musyrik benci”
At-Taghabun : 9
Firman Allah:
وقتلو هم حتى لا تكون فتنة ويكون الدين كله لله
“Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya ad-Din itu semata-mata bagi Allah.”
Firman Allah :
إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itu yang rendah. Dan kalimah Allah itulah yang tinggi .Allah maha perkasa lagi maha Bijaksana.”
(At-taubah : 40)
Mudah-mudahan para pembaca dapat memahami dengan baik dan penulis memohon kemaafan sekiranya mempunyai salah dan silap. Sekian, Wallahu A’lam.
0 comments:
Post a Comment