Salam mahabbah dan perjuangan buat pembaca sekalian.
Harakah Islamiyyah bukan perkara asing bagi kita. Namun dalam ungkapan tersebut mempunyai tuntutan yang besar bagi manusia keseluruhan. Apakah tuntutan yang dimaksudkan itu ? Sebelum penulis berbicara dengan panjang lebar berkenaan tajuk ini, kali ini penulis akan memberi kefahaman yang ringkas dan padat supaya para pembaca dan semua pengunjung dapat memahaminya dengan baik. Harakah Islamiyyah berperanan untuk :-
1. Membentuk dan mengarahkan masyarakat terhadap kesedaran dan penghayatan Islam
Ø Harakah Islamiah berperanan untuk mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap ubudiah kepada Allah. Kesedaran ini pula hendaklah diasaskan kepada hakikat bahawa islam tidak dapat ’coexist’ atau wujud bersama jahiliyyah.
Ø Perubahan yang dipimpin oleh harakah Islamiah adalah satu perubahan yang total perubahan ini bermula dengan memberi penjelasan kepada manusia berkenaan ’aqidah’ Islam yang kukuh agar mereka dapat antara yang hak dan yang batil. Harakah Islamiyah.
Ø Mestilah berkemampuan untuk mengarahkan kesedaran ummat terhadap risalah Islam.Ini adalah kerana ianya akan membentuk pandangan hidup yang sebenar serta perubahan yang menyeluruh didalam tindakan manusia.
Peranan yang dimainkan oleh harakah Islamiah hendaklah melibatkan satu proses perubahan yang tersusun dalam kehidupan individu-individu dalam masyarakat. Proses untuk menanamkan kesedaran ini hedaklah dapat mengekalkan setiap individu didalam masyarakt tersebut agar benar-benar memahami hakikat tuntutan-tuntutan Islam terhadapnya. antaran dari itu akan tertegaklah masyarakat itu keseluruhanya untuk mendokong dan menghayati Islam.
2. Mentarbiah dan menyusun du’at dalam sebuah tanzim untuk berperanan sebagai penggerak dakwah dan jihad dalam Islam.
Setiap usaha kearah perubahan memerlukan pengerak-pengerak yang disediakan untuk memukul tugas kepimpinan dakwah dan risalah. Peranan ii hendaklah dilaksanakan dengan baik oleh harakah Islamiyyah agar persedian yang sepatutnya telah dilakukan sebelum ianya terjun kekancah perjuangan yang lebih luas. Kesedaran yang disebarkan oleh harakah Islamiyyah didalam masyarakat semestinya dapat mendorong beberapa orang di kalangan masyarakat yang sedar bahawa mereka juga bertanggungjawa untuk terlibat dalam perjuangan Islam.
Unsur-unsur yang baik, ini hendaklah diberi pentarbiahan secara khusus agar mereka dapat memahami tugas dakwah dengan lebih mendalam. Harakah Islamiyyah juga berperanan bagi menyusun unsur-unsur di dalam satu tanzim yang benar-benar dapat menfaatkan setiap kemampuan mereka.
3. Mengepalai risalah perjuangan Islam yang syumul dan fungsi sebagai negara Islam.
Harakah Islamiyyah yang tertegak di atas prinsip menghancurkan toghut dan menegakkan aqidah Islam yang teguh mestilah memainkan peranan untuk mengeluarkan manusian dari kegelapan kepada cahaya kebenaran. Kesyumulsn buksn sekadar teori,tetepi dilaksanakan secara praktikal. Risalah sebeginilah yang menghidupkan pengertian wala’ sebenar dalam masyrakat.apabila wala’ diberikan kepada harakah Islamiyyah, maka wujudlah kepimpinan baru dalam masyarakat.
Wujud dua bentuk kepimpinan yang mendapat kesetiaan daripada srtu masyarakat yang sama, adalah merupakan natijah yang benar-benar mampu untuk mengepalai risalah Islam yang jelas. Dasar kepada kesetian yang diberikan oleh harakah Islamiyyah adalah atas dasar aqidah yng bersih seta kesejahteraan di dunia dan akirat.
Bertambahnya anggota –anggota masyarakat yang memberikan kesetiaannya kepada Islam bererti bertambah sengitnya pergelutan antara hak yang dibawa oleh harakah Islamiah dan batil yang dibawa oleh jahiliyyah. Di saat itulah harakah Islamiyyah berperanan sebagai daulah Islam bibit, dalam erti kata telah mendapat kesetiaan sebahagian daripada masyarakat, tetapi belum dapat melaksanakan undang-undang dan belum mendapat kekuasaan. Peranan sebagai negara Islam bibit ini adalah sangat penting dilaksanakan dengan baik oleh harakah Islamiyyah kerana ia akan memudakan untuk menyusun langkah bagi menumbangkan sistem Jahiliyyah yang wujud dalam masyarakat tersebut.
4. Menghancurkan jahiliyyah dari akar umbinya hingga keseluruh menifestasinya.
Perubahan yang dilakukan oleh harakah Islamiyyah adalah perubahan yang menyeluruh dari segala segi.perubahan yang diehendaki oleh harakah Islamiyyah adalah perubahan yang dapat mewujudkan tuntutan asas terhdap penerimaan manusia dan masyarakat terhadap Islam. Firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
“ Hai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam Islam keseluruhan dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.” (Al-Baqarah: 208)
Penolakan harakah Islamiyyah trhadap jahiliyyiah adalah dari segala segi yang ada dalam masyarakat. Penolakan ini hendaklah berlandaskan dasar utama yang diperjuangkan oleh harakah Islamiyyah tidak diatas setiman rakyat atau kegiamouran semata -mata .
5. Menegakkan daulah Islamiyyah di atas kerutuhan jahiliyyah dan terus berperanan sebagai pemimpin umat sejagat.
Harakah Islamiah yang berjalan ditas landasan Islam yang soheh dan didokong oleh
Umat yang mittaqin adalah sebuah wadah usaha yang layak mendapat gelaran hizbullah.
Dalam perjuangan Islam. Hizbullah pasti mendapat kemenangan.
Firman Allah :
وَمَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
“ Barang siapa yang mengambil Allah, rasul dan orang-orang beriman sebagai walinya, maka sesungguhnya hibullah pasti akan mendapat kemenangan.”
( Al-Maidah: 56)
Harakah Isalamiah mestilah mencabut jahiliyyah ke akar umbinya dan menegakkan Islam diatas keruntuhan jahiliyyah.
Tertegaknya daulah Islamiyyah bererti tugas-tugas dakwah dan jihad yang dahulunya tidak dapat dilaksanakan menerusi kuasa pemerintahan dan perundangan, kini dapat dilaksanakan melalui kuasa negara. Tujuan daulah Islamiah adalah sama dengan tujuan itu sendiri kerana itu tadi dibangunkan atas sifat keyakinan Islam. Tujuan daulah Islamiah bukanb sekadar mewujudkan Susana damai,tetapi terutama sekali adalah untuk melaksanakan undang-undang Islam dalam segala urusan kenegaraan dan menyebarkan dakwah Islamiah diseluruh pelusuk dunia. Memimpin umat sejagat adalah tugas utama daulah Islamiyyah. Sekian, Wallahu A’lam..
0 comments:
Post a Comment