Salam sejatera buat pengunjung sekalian.
Alahaiii...apalah nak jadi dengan Negeri kesayangan penulis ini. Lepas satu, satu pendedahan dibuat. Yang mengecewakan lagi ialah rakyat negeri ini terus berpeluk tubuh ! Sampai bilakah negeri ini harus begini ?
Terbaru, penulis sungguh terkejut dengan kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, yang mencadangkan supaya ditambah sembilan lagi kerusi parlimen di negeri ini untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang. Kenyataan yang dibuat semasa Konvensyen UMNO Pahang di UITM Jengka baru-baru ini, jelas sekali merupakan satu niat tersirat setelah menjangkakan UMNO BN akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah dia kerja yang dilakukan oleh puak-puak UMNO apabila berada dalam keadaan terdesak. Sepatutnya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan bukannya Adnan. Tetapi, kenapa beliau begitu berani mengeluarkan kenyataan seperti itu. Bukankah ini menimbulkan keraguan sebenarnya. Sebelum ini, memang kita ketahui bahawa tindakan SPR adalah untuk membantu dan memastikan kemenangan BN dalam setiap kali musim pilihanraya. Malah, sudah beberapa kali kenyataan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat tentang kepincangan yang berlaku dalam SPR ini. Mereka pernah membuat persempadanan semula bagi memecahkan monopoli undi Melayu yang berpihak kepada Pakatan Rakyat. Kini, dengan kenyataan Adnan itu seolah-olah mengiyakan lagi telahan kita selama ini. Ternyata UMNO mencari jalan untuk memastikan mereka tidak dikalahkan dalam pilihanraya umum akan datang. Cadangan Menteri Besar Pahang ini juga dilihat berbaur hasutan buat SPR sebenarnya. Mereka tidak berani berpijak dibumi yang nyata selepas melihat gelombang kebangkitan rakyat semakin memuncak sekarang ini. Justeru itu langkah terbaik ialah memperbanyakkan kerusi parlimen di kawasan selamat bagi membantu talian hayat BN yang semakin nazak kini. Ini juga membuktikan bahawa BN semakin terdesak untuk memastikan kemenangan mereka kali ini.
Pilihanraya Umum ke-13 dijangka masa paling sesuai untuk rakyat buat perubahan di seluruh negara. BN kian nazak dan bakal ditamatkan riwayat hidup mereka bila-bila masa sahaja. Oleh itu rakyat perlu berani menyuarakan pandangan dan pendapat agar ia dapat memberi peluang kepada seluruh rakyat mendapat info tentang kebenaran. Justeru itu, seluruh rakyat terutamanya yang berada di negeri Pahang diseru bersatu tenaga untuk membawa perubahan baru dalam pilihanraya umum akan datang. Sudah tiba masanya pemimpin yang terlalu lama berkuasa diberi tunjuk ajar. Jika tidak, maka mereka akan terus rakus menzalimi rakyat dengan berbagai tekanan yang cukup membimbangkan.
Penulis ingin mengajak kepada semua pembaca agar menimbangkan perkara ini dengan neraca ilmu bukan nafsu semata-mata. Tanggunjawab kita hari ini adalah untuk kepentingan generasi akan datang. Sama-samalah kita menunaikan tanggunjawab dengan amanah dan saksama...
0 comments:
Post a Comment