Followers

Sejauh Mana Kefahaman Anda Terhadap KONSEP AMAL JAM'IE ?



 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Entri kali ini penulis cuba menerangkan konsep Amal Jam’ie yang ramai daripada kalangan kita yang mempunyai kesalah fahaman terhadap konsep ini. Ianya harus difahami dengan baik agar amalan dan perlaksanaan kita merupakan perkara yang sahih dan tepat. Ini amat penting bagi para pendakwah yang ingin membawa seruan ke arah Islam yang syumul.

PENGERTIAN

Definisi:

                Suatu perkara yang telah diputuskan oleh jamaah yang bernizham, selaras dengan manhaj yang ditentukan bertujuan untuk mencapai matlamat tertentu.

Ciri-ciri :
                 1) Sesuatu perkara yang diputuskan itu mestilah bersumber daripada keputusan jamaah

2) Jemaah yang memutuskan sesuatu keputusan itu hendaklah mempunyi lembaga yang            tersusun rapi .(munazzamah)

3) Hendaklah sesuatu sesuatu perkara hang diputuskan itu selaras dengan manhaj, dasar            serta strategi yang telah digariskan oleh jamaah.

4) Keputusan dan tindakan yang hendak dilaksanakan itu hendak;lah bertujuan unrtuk                 mencapai matlamat tertentu yang telah dipersetujui oleh jamaah.

Maksud kepada amal ialah segala aktiviti luar yang umum untuk masyarakat atau sebarang aktiviti yang khusus untuk ahli yang dianggap sebagai asas permulaan dalam permulaan  dalam organasisasi yang rapi juga dalam proses pengkaderan kader-kader bagi menjalankan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan tidak bercanggah dengan rukun penerimaan sesuatu amalan oleh Allah  iaitu:
               
 1)  Ikhlas
               
 2) Tidak menyalahi syarak.

  DALIL MENGENAI PERLU KITA MELIBATKAN DIRI KITA DALAM AMAL JAMAIE

                Manusia berasal dari satu keturunan dan dari satu pegangan  sahaja.
 Sebagaimana firman Allah Taala  dalam surah (An-Nisa) ayat: 1

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
“ Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

                Bukan sahaja asal dari satu keturunan malahan mereka pada asalnya daripada satu agama juga.
 Sebagaimana dalam firman Allah Taala yang bermaksud.

 “ Dan Sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama Yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.”
                                                                                                                                                             (Al-Mukmin:52)

KEWAJIPAN BEJIHAD DAN BERADA DALAM JAMAAH

Sebagaimana Firman Allah Taala dalam Surah As-Saff ayat 14 :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ
“Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang.”

Ø  Individu yang telah memilih untuk beramal dalam Jamaah Islamiah wajib berusaha untuk untuk menjadi seorang mukmin yang mempunyai keimanan yang teguh terhadap jamai’e dan segala tututannya. Sebagaimana firman Allah Taala.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ * وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ ۚ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ ۚ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَـٰذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ ۚ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلَاكُمْ ۖ فَنِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ
“Wahai orang-orang Yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan Beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah Dengan jihad Yang sebenar-benarnya Dia lah Yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamaNya); dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah Dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di Dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah). oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. maka (Allah Yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.”
(Al-Haj) ayat 77-78
Ø  Setiap individu yang talah mengabungkan dirinya dengan Jamaah Islamiah mestilah menyampaikan Islam kepada semua lapisan masyarakat dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.

Ø  Penerusan di dalam melaksanakan tuntutan yang maha suci ini adalah menjadi tanggungjawab umat Islam seluruhnya.
               
Sebagaimana sabda Nabi S.A.W: yang bermaksud :

Ertinya :Akan terus wujud segolongan dari umatku yang terus berjuang secara terusterang di atas jalan yang benar menentang mereka-mereka yang menyanggahinya,sehinggalah yang ter akhir di antara mereka-mereka yang memerangi dajjal.

                Oleh kerana itu untuk merialisasikan tujuan yang besar ini (tuntutan Islam)merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam keatas semua umatnya dantujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adnya jamaah dan ama;l Islami, maka dengan sebab itulah amal jamaie menjadi satu kewajipan .
Sebagaimana dalam firman Allah Taala yang bermaksud :

                Ertinya : Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang yang berperang menegakkan agamaNya di dalam satu jamaah yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun rapi.

                Hadith Rasullah:
 تلزموا جماعة وإما مهم                                              

 Ertaiya: Wajiblah bersama jamaah muslimin dan pimpinan mereka.

                Kaedah usul fiqh:

ما لا يتم الواجب إلابه فهو الوجب                          
            
 Ertinya : Sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melaikan dengan ianya menjadi wajib.

                Daulah Islamiah hanya dapat ditegakkan dengan adanya jamaah Islamiah dan ianya mustahil dapat ditegakkan secara individu.
                Oleh itu mewujudkan jamaah Islamiah menjadi satu kewajipan ke atas umat Islam dan tuntutan meyertaiya juga adalah satu satu tuntutan yang mesti ditunaikan.

Ø  Taklif atau tanggungjawab beramal dan bekerja untuk Islam adalah satu tangggungjawab             yang berat untuk dipikul oleh orang perseorangan kerana matlamat amal Islami untuk mer-runtuhkan jahiliah hingga keakar umbinya lalu di atas keruntuhan itulah Islam ditegakkan.         



Taklifan ini mampu dipikul oleh gerakan yang tersusun, yang memiliki kadar kemampuan yang setimpal dan dari sudut kesedaran, penyusunan dan kekuatan dalam menghadapi jahiliah yang wujud .

Ø  Usaha kerja Rasullah S.A.W dalam rangka menghadapi serangan jahiliyyah dan kemudiannya menegakkan masyarakat Islam serta mengembalikan kehidupan mengikut lunas-lunas Islam merupakan dalil dan bukti berkerja secara jamaah untuk menegakkan Islam adalah WAJIB.

Ø  Amal dan gerak kerja untuk menegakkan Islam dipenuhi dangan halangan, ranjau, duri dan cubaan. Kuasa-kuasa asing saban waktu menunggu dijalannya sangat banyak. Semua cabaran ini menuntut sebuah kewujudan tanzim haraki yang menyeluruh dari sudut kualiti dan kuantiti untuk menghadapi segenap peringkat amal, suasana persekitaran serta kemunkinan kemungkinan yang mendatang.

                Sebagaimana  firman Allah Taala :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلَا الْهَدْيَ وَلَا الْقَلَائِدَ وَلَا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَانًا ۚ وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا ۚ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُوا ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan Yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang Yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang Yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, Yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan Ibadat Haji di tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).”
                                                                                                                                                             (Al-Maidah : 2)
Sekian….Wallahu A’lam.

0 comments: