Artikel ini juga harus dinilai dengan teliti dan bijaksana oleh para pembaca budiman. Ianya adalah berkaitan dengan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah hari ini. Merujuk susulan tindakan lebih daripada 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kumpulan 50 wakil rakyat itu baru-baru ini telah menghantar satu surat menuntut agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu digugurkan. Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Salman Ahmad di Canberra. Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”. Maka, akibat tersentak dengan laporan tersebut hari ini Perdana Menteri 1Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak mengarahkan Wisma Putra untuk memberi penjelasan berhubung kedudukan sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli Parlimen Australia. Soalnya sekarang, apakah yang mahi dijelaskann oleh Wisma Putra berhubung dengan kes ini. Umum melihat kes Anwar adalah satu tindakan terdesak oleh kerajaan pemerintah di Malaysia dalam menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Ia disahkan lagi dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-12 lalu, selepas Anwar bebas. Kemudian, insiden rampasan kuasa di Perak menguatkan lagi hujjah tersebut. Ahli Parlimen Australia bukan mendapat maklumat dari pihak ketiga tentang kes Anwar. Mereka boleh membaca dan mengikutinya menerusi internet. Oleh itu, apa yang mahu dijelaskan oleh Wisma Putra agaknya?. Apakah mereka fikir semua manusia di dunia ini "bodoh dan bangang" seperti puak-puak UMNO BN di Malaysia. Jika kes Anwar disiasat oleh polis antarabangsa sekali pun, sudah pasti kes tersebut akan digugurkan sebenarnya.
Kerajaan Malaysia kini semakin tersentak, akibat sokongan antarabangsa terhadap Anwar. Jika dulu dari kerajaan termasuk ulamak dan cendiakawan Islam. Kini mula merebak ke negara-negara bukan Islam seperti Australia. Kita menjangkakan, kiranya Najib gagal untuk bertindak adil dalam kes fitnah liwat Anwar ini maka sudah pasti masyarakat antarabangsa takut untuk berkerjasama atau melabur lagi di Malaysia. Kes pembunuhan Altantunya yang penuh misteri sehingga ke hari ini masih belum ada penyelesaiannya biarpun Sirul dan Azilah dihukum. Rakyat dan manusia sudah pandai menilai sesuatu kes, bukan seperti dulu lagi. Soalnya sekarang, apakah Najib akan akur dengan desakan antarabangsa ini?. Atau masih mahu terus berselindung di sebalik kuasa untuk menolak kebenaran dan keadilan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia?

Sila semak :
http://danbymp.com/
0 comments:
Post a Comment