Dua tiga hari kebelakangan ini program agak penuh. Malam ini pula penulis akan ke Semenanjung Sinai bersama rakan-rakan dari Negeri Pahang. Rehlah yang akan meningkatkan keimanan insya-Allah. Apa yang pasti bumi Sinai banyak merakamkan kisah perjalanan Nabi Musa dan Bani Israil yang perlu dijadikan pengajaran dan pedoman bagi kita umat Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Pun begitu penulis agak terkejut apabila membaca satu akhbar semalam berkenaan MB Mahkamah Perak.
Apa sudah jadi dengan si Zambry Kadir ini agaknya ? Apakah beliau terlalu taksub dan takut dengan suara rakyat, tiba-tiba mengadakan rumah terbuka di rumahnya. Kita tidak hairan jika rumah terbuka itu diadakan sempena Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha, tetapi Zambry rupanya mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman rasminya. Jarang kita dengan seorang pemimpin Islam mengadakan rumah terbuka untuk perayaan selain hari raya. Apa yang selalu kita lihat ialah pemimpin agama lain mengadakan majlis tersebut dan pemimpin Islam datang menziarah bagi mengeratkan sillaturrahim. Namun begitu ia berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Zambry kali ini. Beliau sendiri mengadakan rumah terbuka di kediaman rasmi Menteri Besar Perak. Apakah wajar ia dilakukan agaknya ? Atau mungkin juga Zambry Kadir sudah "gila meroyan" maka tergamak mengadakan perayaan bukan Islam di rumahnya. Kita tidak merasa janggal jika mereka mengadakan perayaan di mana-mana lokasi seperti yang dilakukan oleh kerajaan pusat sebelum ini. Atas nama semangat muhibbah dan setiakawan, maka perayaan diadakan untuk agama lain yang dihadiri oleh pemimpin Islam itu sendiri. Namun, apa yang dilakukan oleh Zambry adalah diluar batasan sebenarnya. Beliau pula mengadakan perayaan seolah-olah dia duduk dalam agama itu. Menurut laporan media semalam "lebih 5,000 orang hadir rumah terbuka Tahun Baru Cina Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di kediaman rasminya".
Sama-samalah kita menantikan kenyataan mana-mana mufti tentang perkara ini. Apakah ia dibolehkan dari sudut Islam atau sebagainya. Sebelum ini, perayaan yang diadakan oleh kerajaan di peringkat nasional pun pernah ditegur oleh ulamak. Inikan pula apa yang dilakukan oleh Zambry itu. Persoalannya, kenapa beliau mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di kediamannya ? Apakah kerana takut dengan undi kaum Cina dalam pilihanraya umum akan datang ? Atau sengaja mahu mencari publisiti murahan agar rakyat terutamanya kaum Cina melihat beliau juara rakyat untuk semua. Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Zambry Kadir ini memang tidak masuk dek akal. Tiba-tiba seorang pemimpin Melayu yang kononnya beragama Islam adakan rumah terbuka agama lain pula. Penulis ingin menyatakan bahawa memang ada udang di sebalik perayaan tersebut !
0 comments:
Post a Comment