Followers

Perlukan pilihanraya semula !


Salam sejahtera buat pembaca budiman,

Kewajipan yang menghambat membuatkan penulis kekurangan waktu untuk terus mengadap skrin bisu ini. Namun, Alhamdulillah dalam kesibukan masih lagi ada ruang yang dipinjamkan Allah kepada penulis bagi terus mencoret pendapat dan pandangan penulis berkaitan dengan perkara-perkara yang harus kita bersama titik beratkan dalam usaha mencari sebuah ketengan hidup di dunia yang fana ini.

Juster, keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan amat menyedihkan, kata Datuk Seri Dr, Nizar Jamaluddin. Namun, bagi penulis dan kebanyakan rakyat sudah menjangka akan keputusan sebegini. Ini adalah berfaktorkan Malaysia berada di bawah pemimpin yang diktator. Masakan tidak, pemimpin atasan yang mengawal semua keputusan agar selari dengan kehendak dan tuntutan hawa nafsu mereka. Pun begitu, sedikit perkara yang mengejutkan kita semua ialah kerana keputusan sebulat suara lima panel hakim itu mengetepikan semua prinsip undang-undang yang dihujahkan oleh pihak Ir Nizar Jamaluddin.

Nasib Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan semalam ( 9 Feb ) mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan. Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri. Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong. Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin.

Bagi menyelesaikan konfliks ini, penulis juga bersama-sama dengan rakyat lain menuntut agar kerusi MB Perak diserahkan kepada pengadilan rakyat. Bubarkan Dewan Undangan Negeri dan serahkan kuasa pemilihan ke tangan rakyat sepenuhnya. Perkara ini harus diteliti dengan sebaiknya bagi menjamin kehidupan yang lebih baik dan harmoni di negeri Perak Darul Ridzuan.

0 comments: