Followers

Apa Makna Semua Ini !


Salam sejahtera dan keadilan buat pengunjung sekalian,

Semalam ( 9 Feb ), di KUALA LUMPUR– Saksi utama perbicaraan kes fitnah liwat yang melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari Azlan semalam membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh yang diterimanya. Ugutan itu kononnya dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan yang sedang berlangsung. Bekas pembantu kepada Anwar itu ditemani peguam Zamri Idrus serta bapanya iaitu Azlan Mohd. Mereka tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam. Laporan itu dibuat terhadap seorang lelaki yang mendaftar dirinya atas nama “Anaz Zahari” di dalam laman sosial Facebook. Anaz didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan bunuh dalam laman sosial Anwar Ibrahim itu. Kenyataan itu menyebut: “Kepada rakan-rakan sekalian... Siapa-siapa yang mengenali atau pun berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana saja, anda diwajibkan membunuh beliau dengan apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat”. Saiful berkata, beliau terpaksa membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya.

Amat melucukan ya, melihat adegan seperti ini. Membuat laporan polis kononnya diugut bunuh menerusi tulisan dalam Facebook jelas sekali menunjukkan betapa ceteknya ilmu Saiful ini. Umum mengetahui sesiapa sahaja boleh menyamar dengan Facebook ini. Mereka boleh mendaftar, upload gambar dan meletakkan apa sahaja pada profail peribadi masing-masing. Ia merupakan laman sosial bebas yang disertai oleh berjuta-juta manusia di seluruh dunia. Tulisan yang disiarkan juga boleh ditulis oleh sesiapa dengan syarat mereka berdaftar terlebih dahulu dengan Facebook. Maka itu, puak-puak UMNO dan sahabat Saiful boleh mendaftar di Facebook dan kemudian menggunakan nama samaran untuk menghantar mesej yang berbaur ugutan terhadap dirinya. Konon, ada orang mahu membuat tindakan jenayah terhadapnya. Ini semua adalah taktik kotor yang akan menyerlahkan lagi tahap kedangkalan mereka yang mencipta isu ini. Polis sudah pasti akan menyiasat tuan punya laman terbabit iaitu Anwar sendiri jika mereka tidak berjaya jejaki "Anaz Zahari" yang diperkatakan itu.

Maka penulis ingin menyatakan kepada semua pembaca, isu ini adalah propaganda semata-mata ! apa yang tersirat di sebaliknya hanya Allah Taala Maha Mengetahui. Pun begitu, para pembaca diharap tidak terkejut dengan laporan polis yang dibuat Saiful Bukhari ini. Diharap semua dapat menilai dengan pertimbangan akal dan undang-undang yang diperuntukkan. Semoga keadilan menjadi tunggak keamanan. Sekian..

0 comments: