Followers

Penjara Sungai Buloh menanti Anwar Ibrahim ?


عن إبن عباس رضى الله عنهما : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( لو يعطى الناس بدعواهم لادعى رجال أموال قوم ودماءهم , لكن البينة على المدعى واليمين على من أنكر )
Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : ( Kalaulah manusia diberi (apa sahaja) dengan semata-mata dakwaan mereka sahaja, nescaya akan ada sebahagian manusia mendakwa mempunyai hak terhadap harta dan darah orang lain. Oleh itu, orang yang mendakwa hendaklah mendatangkan saksi atau bukti (bayyinah) dan orang yang mengingkari hendaklah bersumpah )
Hadith Riwayat Al-Baihaqi
( لو يعطى الناس بدعواهم لادعى ناس دماء رجال وأموالهم , ولكن اليمين على المدعى عليه )
( Kalaulah manusia diberi (apa sahaja) dengan semata-mata dakwaan mereka, nescaya akan ada sebahagian manusia mendakwa mempunyai hak terhadap harta dan darah orang lain. Tetapi orang yang didakwa hendaklah bersumpah )
Hadith Riwayat Muslim
Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah bermula petang tadi dan perbicaraan akan bersambung pada hari esok, kata peguam utamanya Karpal Singh. Bercakap kepada pemberita selepas menemui Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff di sini pagi ini, beliau berkata, Alauddin akan menetapkan minggu ini satu tarikh bagi satu semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya. Pagi semalam, pasukan pembelaan Anwar mengemukakan permohonan agar keputusan Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari lepas itu, disemak semula.

Ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru Saiful Bukhari Azlan di mahkamah siang tadi. Malah tidak kurang juga yang terpegun melihat kelibat anak muda itu di kaca TV. Wajah Saiful dikatakan tenang dan bersahaja seolah-olah beliau tidak langsung rasa bersalah membuat pengakuan dirinya diliwat oleh Anwar. Malah turut kelihatan ada lekuk hitam di dahinya, apakah Saiful sengaja membuat lekuk itu atau apakah yang berlaku sebaliknya ?

Ramai juga yang terkeliru dengan hal ini, tambahan pula lekuk hitam didahi Saiful itu mirip seorang alim ulamak yang senantiasa beribadat kepada Allah siang dan malam. Apakah Saiful sudah insaf dan memperhambakan diri kepada Allah agaknya. Inilah yang menjadi kemusykilan ramai pihak terutamanya mereka yang arif tentang situasi ini. Jika ditanya kepada mana-mana pihak, sudah pasti mereka akan terpengaruh dan mengatakan Saiful memang berkata benar dalam hal liwat itu. Maka itulah, cahaya keimanan timbul pada dahinya. Soalnya sekarang, apakah benar itu cahaya iman atau sengaja dibuat-buat oleh Saiful untuk menarik simpati umat Islam di negara ini. Tambahan pula, di dalam blog peribadinya selama ini Saiful tidak henti-henti merayu umat Islam mendoakan dirinya. beliau mahu kebenaran itu terpancar jua akhirnya. Beliau mahu seluruh dunia menerima bahawa dirinya adalah mangsa kebuasan nafsu Anwar Ibrahim. Apakah kita boleh terpengaruh dengan imej baru Saiful ini agaknya?. Kami tidak mahu mengulas lanjut isu lekuk hitam pada dahi Saiful, kerana ia perlu ditanya pada orang yang lebih tahu.

Cuma apa yang ingin diperjelaskan di sini ialah, jika pun benar Saiful sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan maka kenapa beliau sanggup bergelumang lagi dalam semua ini. Kita tidak wajar terus menyalahkan dirinya, tetapi cara dan kaedah kes liwat ini ditangani amatlah bercelaru dan mengelirukan. Banyak hak-hak Anwar sebagai tertuduh dinafikan malah tidak langsung diberi perhatian oleh mahkamah. Hingga ke saat ini, Anwar masih belum menerima satu pun salinan dokumen untuk pembelaan. Maka itu, apakah adil perjalanan mahkamah yang sedang kita saksikan ini ? Saiful boleh mengaku dan mereka cerita apa sahaja, kerana beliau mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu yang memang mahu memastikan Anwar "ke dalam". Maka itulah kita tidak terkejut bila beliau timbulkan isu Anwar cuba mengajak beliau melakukan seks luar tabie di mahkamah hari ini. Malah, berbagai lagi cerita panas akan dapat kita dengar dari sehari ke sehari sepanjang kes ini nanti. Semua skrip ini sudah dirancang dan disiapkan dengan baik untuk dihafal oleh Saiful. Nama-nama yang disebut dalam skrip juga sememangnya telah dirancang sedemikian rupa untuk membolehkan Anwar seolah-olah berada di pihak yang salah. Namun, Saiful harus ingat bahawa perjalanan kes tersebut pada peringkat awalnya amatlah meragukan. Malah, keakraban beliau dengan Najib Razak, DSP Rodwan dan lain-lain individu yang sememangnya memusuhi Anwar amatlah mengejutkan kita sebenarnya. Malah, berlandaskan laporan perubatan hospital yang mengatakan beliau tidak diliwat itu sahaja sudah jelas untuk kita mengaitkan beliau dengan unsur penipuan dan fitnah terhadap Anwar. Apakah kita boleh menerima kata-kata yang diluahkan oleh seorang anak muda yang gagal menamatkan pengajiannya di Uniten itu. Saiful sememangnya gembira dirinya popular, samalah ketika beliau memimpin mahasiswa di kampusnya dulu, tetapi beliau bukanlah manusia yang pintar dan boleh memikirkan apa yang berlaku esok hari. Lantaran itulah, beliau sanggup untuk bersekongkol dalam kes ini semata-mata untuk mengejar populariti dalam dirinya.

Amat menghairankan kita, tidak ada seorang pun alim ulamak dan tokoh agama yang sanggup bersekongkol mengatakan tindakan Saiful itu benar walaupun sesudah dia bersumpah. Malah, jika benar Saiful ingin mempertahankan prinsip Islam dalam dirinya maka wajarlah kes liwat ini diadili di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil. Soalnya sekarang, kenapa beliau amat takut ke Mahkamah Syariah jika benar dia memiliki saksi dan bukti-bukti tentang kejadian liwat tersebut. Kami menantikan mana-mana tokoh agama untuk menghuraikan tentang isu lekuk di dahi Saiful Bukhari. Apakah wajar orang yang mengaku dirinya diliwat itu berimej sedemikian rupa. Sedangkan beliau telah memalukan dirinya dan agama Islam itu sendiri. Saiful harus ingat bahawa perbuatan tersebut menyebabkan "Nabi tidak mengaku umat". Tapi..ada Saiful kisah ?

Episod malang sekali lagi menimpa badan perundangan di negara kita apabila kes yang cukup kontroversi ini terus dibicarakan. Tuduhan yang dibuat dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang menyatakan kejadian berlaku apabila ada "tusukan" masuk ke dubur tertuduh langsung tidak diguna pakai oleh mahkamah sekarang ini. Penghakiman dan perbicaraan yang dijalankan jelas sekali hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Kes yang lari dari fakta sebenar ini dijadikan alat untuk menghukum individu yang dikhuatiri akan menggugat pengaruh kerajaan UMNO dan BN pada masa hadapan. Oleh itu, kita tidak perlu bergantung harap dengan perbicaraan liwat Anwar ini. Apa yang pasti, penjara Sungai Buloh menanti Anwar !!

0 comments: