Salam sejahtera kepada semua pembaca.
4 Februari 2010 ( hari ini ) - Sultan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hj.Ahmad Shah menitahkan cukai tanah di negeri itu yang dinaikkan pada 2007 hendaklah diturunkan semula kerana banyak rungutan rakyat terhadapnya. Baginda bertitah demikian ketika majlis mengurniakan hak milik strata perumahan Arabella di sini (CAMERON HIGHLANDS) hari ini. Serentak itu, baginda menitahkan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Datuk Jamilah M Nor menghadap baginda ketika baginda sedang bertitah. Jamilah memaklumkan, jabatan itu akan menghantar kertas Exco untuk kelulusan kerajaan negeri bagi mengurangkan cukai berkenaan.
Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana keprihatinan KDYMM Tuanku dalam mengambil berat dan menangani masalah rakyat jelata. Tindakan KDYMM Tuanku Sultan ini juga menunjukkan Baginda juga kecewa dengan pentadbiran kerajaan BN Pahang sekarang ini. Justeru, YAB Menteri Besar dan Exco-exco Kerajaan Negeri diharap dapat meneladani sikap dan keprihatinan Tuanku Sultan dalam mengutamakan keselesaan dan keharmonian rakyat Pahang keseluruhannya bukan hanya mereka yang berkepentingan dalam politik UMNO dan BN sahaja !!
0 comments:
Post a Comment