Followers

Terima Kasih kerana memberi 'hadiah' itu

Photobucket ~~ Photobucket

Salam ziarah...

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman kenaikan harga gula sebagai ‘hadiah’ buat rakyat sempena tahun baru 2010. Kenaikan sebanyak RM 0.20 menjadikan harga pasaran gula RM 1.65 di Semenanjung dan RM 1.75 di Sabah dan Serawak.

Pengumuman kenaikan tersebut menunjukkan bahawa pemimpin kerajaan UMNO dan BN berada pada tahap kelemahan yang kritikal. Ini adalah kerana kerajaan terpaksa mengambil langkah yang menggadai kepentingan rakyat jelata.

Kenaikan harga gula sememangnya memberi implikasi terhadap sebilangan besar rakyat yang mencari dan mendapatkan rezeki dari sumber yang berasaskan gula. Apa yang membimbangkan lagi, kenaikan harga gula ini akan meninggalkan kesan berantai yang melibatkan keperluan-keperluan asas yang lain juga turut akan dinaikkan. Walapun kerajaan akan mempastikan harga barangan runcit terkawal, persoalannya adakah kerajaan mampu berbuat demikian?

Photobucket

Apa yang rakyat dapat daripada slogan kerajaan ? Penulis berpandangan, slogan yang diwar-warkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ adalah gimik dan retorik semata-mata. Bergimik dan beretorik adalah sikap pemimpin UMNO yang penipu !

UMNO dan BN sudah sampai ke tahap nyanyok yang paling kritikal. Tak sampai setahun, rakyat telah dibebankan dengan pelbagai tekanan. Tu pun kata masih mengutamakan rakyat ! Rakyat diperbodohkan ! Dato’ Seri Najib dan kunco-kunconya tahu bahawa rakyat akan menentang di peringkat permulaan sahaja. Bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’. Nanti dah boring dan jemu rakyat akan senyap la. Dekat-dekat pilihanraya bagi kain pelekat sehelai cukup. Inilah yang berlaku pada bangsa Melayu. UMNO @ freemanson dah control minda kita, kita buat bodo lagi..Sekian

0 comments: