Followers

Al-Imam As- Syafie yang banyak berJASA..

Photobucket Photobucket

Penulis bersama rakan-rakan telah diberi kesempatan untuk menziarahi maqam-maqam ulama' dan para wali Allah di sekitar Kaherah pada 3 Januari 2010 semalam. Disini penulis ingin berkongsi sedikit beberapa maqam yang telah dikunjungi sepanjang hari tersebut.

MAQAM IMAMUNA AS-SYAFIE RA

Imam Syafie adalah merupakan seorang pengasas Mazhab Syafie yang mana menjadi tunjang dalam kita hendak memahami Al Quran dan Sunnah Nabi SAW. Kelahiran serta kemunculan beliau di dunia ini telah menyemarakkan suasana ilmu serta mengembalikan sinar gemilang dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

KEMAHIRAN IMAM SYAFIE


Imam Syafie bukan sahaja mahir dalam bidang ilmu-ilmu dah hukum-hukum agama, tetapi juga mahir dalam pelbagai kegiatan yang wujud pada zamannya. Penulis membawa beberapa contoh kemahiran lain yang Imamuna As-Syafie menguasainya.

1. Seni Memanah

Imam Syafie mempunyai minat dalam seni memanah. Oleh sebab minatnya yang mendalam itu, beliau sanggup berlatih menggunakan panahnya berjam-jam lamanya di tengah panas matahari. Beliau begitu tekun berlatih sehingga menjadi seorang pemanah yang handal. Jika sepuluh anak panah yang dilepaskan, kesepuluh-sepuluh atau Sembilan dari sepuluh anak panah itu tepat mengenai sasarannya.

2. Menunggang Kuda
Imam Syafie juga dianggap seorang penunggap kuda yang cekap dan handal. Al Rabi’ bin Sulaiman menceritakan : “Imam Syafie adalah seorang yang cekap dan paling berani menunggang kuda. Beliau dapat menunggang kuda dengan sebelah tangan memegang telinganya dan sebelah lagi memegang telinga kuda. Beliau juga dapat melompat ke atas belakang kuda yang sedang berlari”.

3. Astronomi
Imam Syafie juga mahir dalam bidang ilmu bintang dan astronomi. Beliau dapat mengetahui dan mengira perjalanan dan peredaran bintang-bintang dan cakerawala, matahari dan sebagainya. Malah beliau diwaktu mudanya dapat membuat kiraan untuk mengetahui keadaan diri seseorang dan pernah membuat kiraan kepada seorang perempuan yang sedang mengandung yang keputusannya beliau mengatakan “Dia akan melahirkan seorang bagi lelaki, dipahanya ada tahi lalat hitam dan dia akan hidup selama 24 hari sahaja”. Perkiraan Imam Syafie tepat dan bayi itu mati setelah 24 hari. Selepas peristiwa itu Imam Syafie telah membakar kitab ilmu bintang yang ada padanya.

4. Perubatan
Di dalam perubatan Imam Syafie begitu kesal di atas kecuaian umat Islam dalam bidang tersebut. Beliau menegaskan “Mereka iaitu orang-orang Islam telah menghilangkan satu pertiga ilmu dan mereka menyerahkannya kepada orang Yahudi dan Nasrani”. Dengan itu, Imam Syafie sendiri mempelajari dan menguasai ilmu perubatan dengan baik. Satu peristiwa yang menunjukkan kepakaran Imama Syafie dalam bidang ini ialah beliau mengetahui keadaan diri tabib Nasrani yang datang hendak mengubatinya. Tabib itu merasa tangan Imam Syafie dan sebaliknya Imam Syafie merasa tangan tabib tersebut. Beliau mengambil kesimpulan bahawa tabib itu sedang engidap penyakit dan anggapannya itu memang tepat. Tabib itu meninggal dunia beberapa hari kemudian kerana penyakitnya.

Photobucket

UCAPAN IMAM SYAFIE DI SAAT KEMATIANNYA


Disaat-saat terakhir Imam Syafie, muridnya Al Muzani datang menziarahinya sambil berkata “Bagaimana keadaanmu wahai Imam” Imam Syafie menjawab “Keadaannku…? Aku akan meninggalkan dunia ini, akan berpisah dengan saudara-saudaraku, akan minum dari gelas kematian dan akan pergi mengadap Allah Azza Wa Jalla. Demi Allah, sesungguhnya aku tidak tahu akan kesyurgakah ruhku atau ke naraka. Kemudian Imam Syafie bersyair :

Tatkala hatiku menanggung susah
Dan jalan-jalanlu telah menyempit,
Kujadikan harapanku tangga menuju kemaafan-Mu,
Aku dihantui rasa takut kerana dosaku yang begitu besar,
Namun, ketika kupautkan dengan kemaafan-Mu wahai Rabbku,
Kutemui maaf-Mu ternyata lebih besar,
Engkau sentiasa memaafkan segala doa,
Selama-lamanya Engkau sentiasa melimpahkan kemurahan
Sebagai satu pemberian dan
Engkau sentiasa melimpahkan kemaafan
Sebagai satu anugerah.

Imam Syafie berkata kepada Yunus bin Abdul A’la “wahai Abu Musa, bacakan untukku ayat setelah ayat 120 dari Surah Ali Imran dan ringankan bacaanmu, jangan engkau memberatkannya !” Yunus menceritakan : “Lalu aku membaca sesuai dengan permintaannya. Setelah selesai aku bangun hendak keluar dari situ”, tetapi beliau mengatakan “Janganlah engkau biarkan akku sendiri, sesungguhnya aku sedang dalam kesulitan!”

Sepupu Imam Syafie meminta izin kepadanya : “Bolehkah kami turun untuk solat ?” selepas mendapat kebenaran darinya, kami pun turun mengerjakan solat dan setelah selesai solat, kami naik kembali ketempatnya, lalu kami bertanya “sudahkan tuan sembangyang?” Imam Syafie menjawab “sudah”. Kemudian Imam Syafie merasa dahaga dan meminta minum sementara waktu itu adalah waktu dingin dan beliau wafat setelah makan malam.

0 comments: