Followers
Rancangan Raja Lawak menular ke Mesir..
Salam Mahabbah buat pengunjung sekalian.
Isu penerokaan dan pencerobohan hutan secara haram melibatkan orang politik tidak lansung menggemparkan. Bukan apa, ianya berlaku di Pahang. Berbeza sekiranya ia berlaku di negeri-negeri lain walaupun negeri itu diperintah oleh Barisan Nasional. Sekiranya isu ini berlaku mesti kecoh dan rakyat akan bercakap di sana sini. Rakyat di sana mahu hidup yang lebih baik dan sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat. Tapi rakyat Pahang hatinya terlampau mulia dan pemaaf.
Kebanyakan pemimpin politik seperti Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Pahang bingkas bangun bersuara mendesak agar nama penceroboh tersebut didedahkan setelah isu ini diletupkan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri Pahang Dato’ Tan Aminuddin baru-baru ini.
Namun apa yang penulis ingin katakanan, isu yang besar ini bukanlah perkara luar biasa di Pahang. Sebelum ini pun macam-macam isu berlaku sehingga kerajaan Pahang nyaris disita dan nyaris berstatus bankrup.
Justeru, pada hemat penulis tak perlulah Dato’ Tuan Ibrahim bersusah payah nak minta dedahkan nama ataupun dilaporkan kepada SPRM atau laporan polis ingin dibuat. Buat penatkan badan dan habiskan minyak petrol kereta sahaja ! Sebenarnya siri-siri pendedahan kelemahan dan penyalahgunaan kuasa kerajaan negeri tidak lebih seperti episod mingguan Rancangan Raja Lawak ASTRO. Tak payahlah susah-susah nak meraung menjerit kerana cerita yang ditonton adalah cerita lawak. Tak payahlah kita nak mohon simpati dan bantuan daripada pihak polis dan SPRM kerana mereka tak lebih dari juri-juri yang terdiri daripada pelawak-pelawak juga. Juri-juri adalah dikalangan professional tapi mereka tetap seorang pelawak ! Selama ini banyak aduan telah mereka terima tapi apa mereka buat ?! Tidak lebih dari ketawa terbahak-bahak melihat aksi dan gelagat persembahan dari para pelawak.
SIRI RAJA LAWAK DIMINATI DI MESIR
Para pembaca yang dihormati,
Penulis melihat bukan sahaja rakyat Pahang Malaysia yang meminati rancangan Raja Lawak ini, tetapi juga rakyat Malaysia di Mesir termasuklah segelintir orang Pahang di Mesir juga begitu meminati rancangan ini. Masakan tidak, mesyuarat dan perjumpaan bagi menghidupkan kembali Kelab UMNO Luar Negara yang sudah terkubur begitu rancak dibuat. Perbincangan dan persembahan yang dibuat oleh ‘mereka-mereka’ ini tidah ubah seperti ‘pelawak’ di Malaysia. Menjerit, melolong adalah perkara biasa bagi mereka. Terpekik sana terpekik sini untuk mencari penonton Raja Lawak lebih ramai lagi. Penulis ingin ingatkan rakan-rakan di Mesir agar tidak terpedaya dan terpengaruh dengan ‘pelawak-pelawak’ ini. Apa yang mereka cuba lakukan adalah seperti apa yang mereka dokong.
Penulis tertawa apabila mendengar khabar seorang daripada ‘pelawak’ di Mesir dikasari @ ditumbuk oleh seorang pelawak seperti dia juga baru-baru ini. Pada penulis, itu bukanlah persembahan terbaru Raja Lawak yang perlu dikecoh-kecoh. Itukan tradisi ‘pelawak-pelawak’ yang kita kenali selama ini. Berapa banyak kes pelawak dikasari di Malaysia bahkan yang ditumbuk pun tidak kurang jumlahnya. Tradisi ‘tumbuk menumbuk’ ini adalah persembahan biasa oleh para pelawak. Apa yang pelawak-pelawak ini buat adalah kerana mereka seorang PELAWAK !. Sekian..
0 comments:
Post a Comment