Followers
Sekalung TAHNIAH buat YB Parlimen Rompin..
Salam mahabbah..
Penulis sebagai anak jati Rompin ingin mengucapkan tahniah di atas perlantikan Dato’ Seri Dr Jamaludin Jarjis sebagai Duta Besar Malaysia ke USA yang bertaraf Menteri. Secara peribadi penulis gembira dengan perlantikan tersebut dan berharap agar Dato’ Seri JJ dapat menjalankan tugas dengan baik.
Walau bagaimanapun penulis sedikit bimbang dan rasa curiga terhadap perlantikan Dato’ Seri JJ ke jawatan tersebut memandangkan beliau adalah ahli parliman Rompin. Penulis ingin menyatakan padangan secara peribadi bahawa kerajaan pusat bertindak secara TIDAK bijaksana dalam isu perlantikan ini. Perlantikan yang tidak lebih dari usaha menutup tindakan menggugurkan Dato’ Seri JJ dari karbinet (walaupun Dato’ Seri berhasrat ingin menjadi menteri) dilihat sebagai menjadikan kepercayaan dan mandat yang diberikan rakyat Rompin kepada beliau adalah sia-sia. Seolah-olah rakyat Rompin bukan sahaja tiada nilai bahkan dihina dengan perlantikan tersebut. Wakil rakyat yang dilantik dan dipilih oleh rakyat Rompin tidak berkhidmat untuk rakyatnya sendiri bahkan berkhidmat kepada orang lain di USA ! Ini amat memalukan orang Rompin !
Justeru, Dato’ Seri JJ perlu pertimbangkan balik perlantikan tersebut dan mengambil keputusan yang sebaiknya dan memberi manfaat kepada rakyat Rompin berdasarkan kepada slogan yang dibawa iaitu “rakyat didahulukan”. Setakat ingin menjadi duta di mana-mana Negara di dunia ini, penulis berpandangan bahawa tidak perlu menjadi YB dan tidak perlu menjadi calon wakil rakyat. Cukuplah dengan kelulusan yang ada dan sedikit pengampuan, insyaAllah sesiapa sahaja yang berkehendak akan dilantik menjadi duta.
Maka penulis menasihatkan kepada seluruh rakyat di Rompin agar dapat memilih wakil rakyat yang mampu melaksanakan tugas dan berkhidmat untuk rakyatnya sendiri. Masalah rakyat jelata perlu diutamakan sebagaimana slogan yang telah diuar-uarkan oleh kerajaan. Kesimpulannya, kami selaku anak-anak Rompin amat berharap mempunyai seorang wakil rakyat yang mampu menabur bakti kepada kami. Sekian..
0 comments:
Post a Comment