
Penulis sebagai anak jati Pahang merasa cukup kecewa dibawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Adnan Yaakob kerana gagal melaksanakan tugas dengan jujur lagi amanah. Kepada rakyat negeri Pahang, apa lagi yang ditunggu ? Masih lagi berpeluk tubuh membiarkan orang yang tidak amanah menerajui kepimpinan kerajaan negeri ?
Satu demi satu penyelewengan dibawah kerajaan negeri UMNO Pahang sudah didedahkan...jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Tetapi orang Pahang tetap dalam keadaan sama...masih menganggap ini senario politik biasa. Khazanah bumi milik masa depan rakyat jelata negeri Pahang satu demi satu diperkosa. Sungguh ! andai pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah yang memerintah negeri Pahang, penulis yakin bahawa negeri Pahang dapat ditadbir urus dengan lebih baik lagi. Kewangan negeri dapat digunakan dengan sebaik mungkin, khazanah milik rakyat akan diagih dengan adil dan saksama, undang-undang akan berpihak kepada yang hak, rakyat lebih aman dan pemimpin mendapat pertolongan dari Tuhan pemilik Islam. Justeru rakyat juga akan bersama-sama beriman dan bertaqwa kepada Tuhan Rabbul Jalil. Keimanan dan ketaqwaan inilah yang menjadi syarat sesebuah negeri mendapat barakah dari Allah Subhanahu Wa Taala. Firman Allah Taala dalam Surah Al-A’raf ayat 96 :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Jika sekiranya penduduk sesebuah negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka”
Segala bala dan bencana hari ini adalah kerana pendustaan kita kepada Allah. Marilah kita menggunakan kesempatan yang ada ini untuk menginsafi perbuatan kita sekali gus dapat mengembalikan kita kepada ajaran Islam secara keseluruhan. Sekian..
0 comments:
Post a Comment