Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bertemu tanpa wajah, berbicara tanpa suara. Kita bertemu lagi dalam arena dakwah alam maya bagi mencapai ketenangan di dunia dan akhirat. Bagi mereka-mereka yang inginkan ketenangan harus ingat bahawa ketenangan tidak akan dicapai dengan hanya berpeluk tubuh ! Bahkan usaha perlu disertakan disamping niat yang suci dalam mencari taufiq dan hidayah dari Allah Subhanahu Wa Taala. Ingat..hidayah dan taufiq tidak datang dengan sendirinya..bahkan perlu dicari..
Justeru, penulis juga dalam usaha mencari hidayah dari Pemiliknya iaitu Allah Taala. Apa yang penulis sampaikan dalam blog peribadi ini termasuklah membincangkan hal-hal umat Islam di Malaysia dan dunia, isu-isu semasa termasuk isu-isu politik dan sebagainya adalah untuk mendapat keredhaan daripada Allah Taala. Keredhaan Allah Subhanahu Wa Taala merupakan nikmat yang cukup besar. Justeru dari situlah lahirnya KETENANGAN hati yang HAKIKI !

Seorang teman memberi persoalan berkenaan beberapa artikel yang membincangkan perihal BOIKOT menurut pandangan Islam yang lalu. Soalannya : Bagaimana kami yang berada di negara Eropah ingin mengamalkan tuntutan Islam ini memandangkan di sini semua makanan adalah bersifat muqataah (boikot) ?
Jawapan yang bakal diberikan ini adalah berdasarkan kepada ilmu dan pengetahuan cetek penulis :
PERINGATAN !
1- Jawapan ini berdasarkan kepada suasana dan keadaan di Eropah SAHAJA. Sekiranya ada ditempat lain yang situasinya sama seperti di Eropah, maka pandangan ini boleh diguna pakai. Sekiranya bertentangan, anda dinasihatkan supaya mengetepikan pandangan ini.
2-Kita telah terangkan sebelum ini bahawa HUKUM kadang-kadang mengikut ‘Uruf (kebiasaan) disesebuah tempat. Justeru..setiap pandangan penulis bahkan pandangan ulama’ lain yang bercanggah dengan U’ruf layak diketepikan dahulu dan terus merujuk kepada Ulama’ atau Mufti di tempat tersebut kerana ulama’ tempatan lebih memahami keadaan dan situasi tempatnya.
PANDANGAN PERIBADI PENULIS
1) Adakah di sana (Eropah) TIDAK ada LANSUNG makanan yang diusahakan oleh orang Islam ? Sekiranya ada walaupun memerlukan belanja yang lebih sedikit atau memerlukan masa yang lama (tempat penginapan berada jauh) untuk mendapatkan makanan tersebut, penulis berpendapat bahawa teman-teman di Eropah perlu berusaha sedaya upaya untuk memastikan makanan tersebut boleh didapati dengan apa cara sekalipun dan usaha ke arah mendapatkan makanan yang halal dan baik itu adalah sangat DITUNTUT oleh Islam. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
2) Sekiranya wasilah (jalan) untuk mendapatkan makanan tersebut mendatangkan implikasi (kesan buruk) terhadap seseorang dengan erti kata (Sekiranya beli juga makanan yang mahal, boleh menyebabkan kekurangan duit untuk menampung pengajian) atau (Sekiranya memakan masa yang lama untuk mendapatkan makanan sehingga mengorbankan kelas di Universiti dan bermacam-macam lagi akibat buruk yang bakal diterima), maka penulis berpendapat dahulukan yang lebih utama iaitu eloklah membeli membeli makanan yang murah berbanding mahal dan membeli makanan yang dekat berbanding jauh dan begitulah sampai akhir. Justeru, teman-teman kita di Eropah perlu faham dengan jelas berkenaan priority atau keutamaan ini.
3) Point yang kedua di atas seolah-olah membenarkan barangan Israel dan Amerika digunakan. Iye, ia dibenarkan kerana keadaan di sana boleh dikatogerikan ‘dharurat’. Ulama’ Usul telah menetapkan ada Rukhsah (keringanan) dalam situasi dharurat. Sekiranya keluar sahaja dari kawasan tersebut HUKUM telahpun berubah seperti sedia kala iaitu BOIKOT adalah WAJIB sekarang ini sebagaimana yang telah disebut oleh ulama’ yang muktabar dalam artikel-artikel sebelum ini. Pun begitu Islam telah menetapkan pertimbangan dalam suasana dharurat sebagaimana Kaedah Fiqh yang ditetapkan oleh Ulama Usul Fiqh seperti berikut :
الضرورات تبيح المحظورات والضرورات تقدر بقدرها
Dharurat membolehkan perkara yang dilarang sebelumnya. Tetapi pembolehan tersebut mestilah sekadar had yang diperlukan. Justeru sekiranya makan untuk menampung kehidupan di Eropah dengan sepinggan nasi sehari sahaja. Maka sepinggan iu dibenarkan Syara’..melebihi sepinggan menjadikan hukum tersebut kepada asal iaitu HARAM.
Penulis mengharapkan dengan penjelasan yang ringkas ini dapat difahami degan baik. Islam adalah agama yang mudah. Pendapat yang diberikan ini juga adalah membolehkan teman-teman terus mengamalkan Islam walau di mana jua berada. Walau bagaimanapun, penulis ingin menyeru kepada semua pembaca bahawa selagi ada kudrat dan kemampuan selagi itu lah memBOIKOT perlu di utamakan. Mengikut apa yang telah disepakati oleh semua ulama’. Seeloknya semua masalah yang berkait dengan hukum agama adalah dirujuk terus dengan ulama’ tempatan.
KESIMPULAN
Seruan kepada BOIKOT barangan Israel dan Amerika juga adalah merujuk kepada amalan Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam. Setiap perbuatan, percakapan dan ikrar daripada Rasulullah merupakan sunnah. Justeru, cara melemahkan musuh yang dilakukan pada zaman Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ada tiga cara.
Dengan menghantar pasukan tentera untuk peperangan badar bagi menghalang rombongan perniagaan mereka. Begitu mengambil harta orang kafir (ghanimah) setiap kali lepas perang juga adalah bertujuan melemahkan ekonomi mereka. Nabi saw dan para sahabat juga telah memusnahkan tanaman orang yahudi Bani Nadhir sedangkan asalanya Nabi saw menegah untuk dimusnahkan tanaman orang kafir. Ini semua adalah untuk melemahkan ekonomi mereka.
Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam telah mendoakan kepada orang-orang Quraisy:
Cara pertama :

Cara kedua : Dengan Doa
Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam telah mendoakan kepada orang-orang Quraisy:
اَلَّلهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَيْهِمْ بِسَبْعِ كَسَبْعِ يُوْسُفَ
"Ya Allah bantulah aku untuk memusnahkan mereka dengan engkau menjadikan mereka tujuh tahun mereka seperti mana tujuh tahun yang menimpa Nabi Yusuf (tujuh tahun kemarau)."
Maka mereka ditimpa dengan kemarau sehinggalah ada yang makan bangkai. Lalu Abu Sufyan berkata kepada Nabi saw: "Hai Nabi, sesungguhnya Kaum mu telah binasa. Doalah supaya Allah menghilangkan kemarau ini."
Hadis SAHIH riwayat Bukhari dan Muslim.
Cara ketiga : Dengan BOIKOT sebagaimana yang telah diterangkan dalam artikel sebelum ini. Wallahu A'lam
RUJUKAN
القرأن الكريم
جامع أحكام القرأن / تفسير قرطبي
الأشباه والنظائر
الوجيز فى أصول الفقه
0 comments:
Post a Comment