Followers

Hak vs Batil ( Mana Kecenderungan Anda ? )

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..



Bertemu kembali dalam arena alam maya untuk mengutip hikmah dan mutiara dari para ulama' terdahulu. Penulis masih lagi cuba menerangkan bagaimana perbincangan ulama' berkenaan dengan situasi BOIKOT yang kebanyakan muslim tidak dapat memahaminya. Firman Allah Taala :

وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ ۖ فَمَن شَاءَ فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاءَ فَلْيَكْفُرْ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا ۚ وَإِن يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ ۚ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا
“Dan katakanlah (Wahai Muhammad) al-Haq itu datangnya dari Tuhanmu, maka barangsiapa yang ingin beriman maka hendaklah dia beriman dan barangsiapa yang ingin kufur maka hendaklah dia kufurlah. Sesungguhnya Kami telah menyedikan bagi orang-orang yang zalim itu neraka yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberikan minuman dengan air yang seperti besi yang mendidih dan meleburkan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan neraka itu merupakan tempat berehat yang paling jelek”.
Pertembungan antara hak dan batil tetap berpanjangan bersama berlalunya zaman dan waktu. Sepanjang peredaran itulah menyaksikan bagaimana permusuhan ini saling silih berganti merebut takhta kerajaan untuk memerintah dunia keseluruhan. Pihak yang memperjuangkan kebatilan yang terdiri daripada manusia dan jin berusaha sedaya upaya melenyapkan obor haq. Tetapi pihak yang memperjuangkan kebenaran akan terus berusaha menyinari alam ini dengan keagungan Islam daripada terus dalam kegelapan dan kezaliman.

Manusia yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani berjuang bermati-matian untuk menghapuskan ajaran Islam sejak di zaman Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam lagi. Serangan demi serangan diatur untuk memerangi agama Islam, tetapi umat Islam yang telah dibentuk dengan Tarbiyyah Ruhiyyah oleh Nabi kita Sallallahu ‘Alaihi Wassallam berjaya mematahkan segala serangan mereka.


Mereka belajar melalui kekalahan yang ditanggung, kini mereka mengatur strategi baru untuk menghancurkan Islam dan pengikutnya. Al-Ghazwatul Fikri memang jelas menyebelahi mereka tatkala umat Islam lalai dengan kemewahan dan kesenangan. Strategi ini disusun dengan begitu rapi sehingga umat Islam secara keseluruhan tertipu seterusnya jatuh tersungkur dalam pengabdian Yahudi dan Kristian.
Yahudi bergerak aktif dalam usaha memesongkan umat Islam dari kefahaman agama Islam yang sebenar melalui pertubuhan Freemason. Bagi mengaburi mata masyarakat keseluruhan termasuk penduduk Malaysia, mereka telah menubuhkan pelbagai bentuk pertubuhan kemanusiaan yang kononnya bersifat kebajikan seperti :-


1) Pertubuhan Illuminaty
2) Kelab Lions
3) Pertubuhan Bahaiyah
4) Kelab Rotary Antarabangsa
5) Pertubuhan kesaksian Yehova / Yahoo dan sebagainya.
Penulis tidak bercadang membahaskan satu persatu kelab-kelab ini. Cuma penulis ingin menyatakan bahawa pertubuhan Illuminaty yang sekarang ini telah masuk kesetiap rumah penduduk Malaysia termasuk rumah penulis sendiri ! Apa matlamat Illuminaty ? Matlamatnya ialah :-
1) Menghapuskan semua kerajaan yang berpelembagaan Al-Quran dan As-Sunnah
2) Menghapuskan system warisan pusaka
3) Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak perseorangan.
4) Menghapuskan semangat cintakan tanah air
5) Menghapuskan institusi kekeluargaan sebagai hak orang perseorangan dah kehidupan berkeluarga kerana ia bibik-bibik awal tamadun terbentuk
6) Menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideology internatianalisme.
Untuk para pembaca mengetahui lebih lanjut, penulis mensyorkan agar mengikuti perkembangan dakyah dan kejayaan yang telah dicapai pihak illuminaty di blog-blog ini.

HUKUM MENYERTAI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN YAHUDI INI
Pada 5 Mei 1985 M Lajnah Fatwa Al-Azhar  As-Syarif telah memfatwakan HARAM bagi sesiapa sahaja yang berkecimpung di dalamnya.
Petikan Teks Daripada Fatwa Dar Al-Ifta’ Al-Azhar As- Syarif
“Segala puji bagi Allah Taala, tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga dilimpahkan rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassallam, kaum kerabat baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Islam dan kaum muslimin tidak pernah berhenti diserang oleh musuh yang jumlahnya tidak terhitung, dengan menggunakan pelbagai senjata material mahupun ilmu. Mereka hendak melakukan tipu daya terhadap Islam dan kaum muslimin. Tetapi Allah Taala selalu menolong dan meninggikan mereka, sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 54 yang berbunyi :

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
“Dan mereka membuat tipu daya, dan Allah juga membuat tipu daya, dan sesungguhnya Allah jualah yang membuat sebaik-baik tipu daya terhadap mereka”.
Diantara cara yang di ambil untuk memerangi Islam ialah berupa pertubuhan-pertubuhan yang mereka dirikan dengan menyebarkan cogankata persaudaraan dan kemanusiaan. Disebalik cogankata itu mereka mempunyai tujuan yang dirahsiakan. Di antara pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah Freemasonry dan pertubuhan-pertubuhan lain yang ada dibawah kekuasaannya seperti Rotary, Kelab Lions dan sebagainya. Kelab-kelab ini merupakan pertubuhan destruktif yang paling bahaya didalangi oleh orang-orang Yahudi untuk menguasai dunia. Mereka berusaha untuk menghancurkan semua agama dan menyebarkan anarkisme moral dan mempergunakan rakyat tempatan untuk menguasai sesebuah Negara dengan nama kemananusiaan (seperti yang berlaku di Iraq).
Maka daripada itu, diHARAMkan bagi kaum muslimin untuk menyertai pertubuhan-pertubuhan ini dan tidak selayaknya mereka (kaum muslimin) bersifat seperti pak turut dalam menghadapi setiap seruan. Setiap muslim WAJIB mengikut perintah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam seperti sabda Baginda yang bermaksud :
“Tidak selayaknya salah seorang diantara bersikap seperti pak turut dengan berkata : Aku bersama-sama dengan sekelompok manusia. Tetapi jadikanlah diri kamu sebagai seorang penduduk yang baik dan apabila mereka berbuat buruk maka jauhilah perbuatan buruk mereka itu”.
Setipa muslim mesti selalu berwaspada sehingga dia tidak terpedaya. Orang-orang Islam sudah memiliki pertubuhan (jamaah) sendiri. Semua tujuan jamaah diumumkan secara jelas sehingga tidak ada yang kita khuatirkan dan tidak ada yang dirahsiakan. Wallahu A’lam.”
Sementara Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Makkatul Mukarramah yang diadakan pada 10 Sya’ban 1398 (17 Julai 1987) menfatwakan KAFIR bagi sesiapa sahaja yang  terlibat secara lansung dengan pertubuhan-pertubuhan tersebut sekiranya dia mengetahui tujuan kewujudan pertubuhan-pertubuhan itu.
Petikan Fatwa Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi

" يقرر المجتمع الفقهى اجتبار الماسونية (وفروعها) من أخطر المنظمات الهدامة على الإسلام والمسلمين و أن من ينتسب إليها على علم بحقيقتها وأهدافها فهو كافر بالإسلام مجانب لأهله "
Justeru, adalah dikira anda menyokong hak sekiranya anda berusaha sedaya upaya memboikot  setiap barangan YAHUDI (ISRAEL) dan AMERIKA dan anda dikira menyokong batil sekiranya anda tidak memperdulikannya. Tepuk dada tanya Iman....Penulis mendapat soalan yang cukup baik untuk dikongsi bersama daripada seorang teman yang berada di Eropah sekarang ini dan insyaAllah penulis akan cuba memberi pandangan pada pertemuan kita akan datang, Biiznillah..Sekian...Wallahu A’lam

RUJUKAN

القرأن الكريم
تفسير ابن كثير
اختراق اليهودي فى مجتمعات الإسلامية
طيارات ومذاهب فكرية معاصرة

0 comments: