Al-Fadhil Ust Mohd Mustafa Mohd Nor. Namanya sudah sinonim dengan kehidupan mahasiswa dan mahasiswi Pahang di Mesir. Malam ini, beliau meninggalkan kita semua di sini (Mesir) dan pulang ke Malaysia sebagai Azhari bagi terus menabur bakti untuk tanah air tercinta. Siapa tak kenal dengan Ust Pa..Seorang yang mudah menyesuaikan diri dalam banyak keadaan ditambah dengan kealiman beliau dalam ilmu membuatkan siapa sahaja akan selesa bersamanya.
Kini, lakaran kenangan untuk sentiasa bersama terhenti disebabkan kita terpaksa berpisah. Beberapa musim bersama beliau sudah tentu banyak meninggalkan memori dan kenangan manis kepada penulis. Penulis mula mengenali Ust Pa ketika sejak tahun pertama penulis menjejakkan kaki ke bumi penuh barakah ini. Dikala itu Ust Pa ditaklifkan sebagai YDP BKMIP bagi sesi 2004/2005. Ketokohan dan kebolehan yang dimiliki, diharap Ust Pa dapat memanfaatkannya untuk kepentingan Islam dan tanah air.
Adat bertemu pasti berpisah. Tidak mahu berpisah elok jangan bertemu. Walau apa sekalipun, penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ust Pa yang banyak membantu penulis untuk meneruskan kehidupan sama ada secara lansung atau pun tidak. Ilmu, pengalaman dan nasihat yang banyak diwariskan kepada penulis dan semua siswa-siswi Pahang diharap supaya dapatlah kita sama-sama manfaatkannya untuk agama Islam tercinta.
Dalam kesempatan ini, sekali lagi penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah Ust Pa berikan kepada kami. Doakan kami disini agar terus thabat dan istiqamah dalam terus mengutip mutiara-mutiara ilmu dan hikmah dari para alim ulama’ untuk dipersembahkan kepada masyarakat apabila kami pulang kelak.
Semoga Allah temukan kita lagi dalam usaha meninggikan kalimah Allah di bumi Malaysia terncinta. Sekiranya ini merupakan pertemuan terakhir, Alhamdulillah..selaut kesyukuran dipanjatkan kerana kita pernah bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana-Nya. Begitu indah Islam ini apabila berukhuwah semata-mata kerana-Nya. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah. Kerinduan diluahkan dihadapan Rabbul Jalil dengan doa. Doa kerinduan dari dua orang yang bersaudara akan bertemu disisi Allah bagi meraih simpati dan redha Ilahi. Siiru ‘Ala Barakatillah..
~ Beberapa gambar terpilih pada malam ini (11 Jan 10) ~
0 comments:
Post a Comment