Followers

Di Antara kitab yang disyorkan oleh Ulama'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Entri kali ini adalah untuk menjawab soalan daripada sahabat yang bertanya. Sahabat kita itu ingin mengetahui kitab apakah yang perlu dipelajari dalam ilmu hadith dan tafsir. Untuk pengetahuan semua pembaca, setiap kitab yang ditulis dan dikarang oleh ulama'-ulama' mempunyai kelebihan tersendiri. Yang penting ilmu di ambil mestilah melalui tangan guru iaitu hendaklah belajar dan berguru. Barangsiapa mengambil sesuatu ilmu dengan tidak belajar, maka syaitanlah menjadi gurunya. Kitab-kitab yang penulis cadangkan adalah sebagaimana kitab yang dicadangkan oleh syeikh-syeikh penulis kepada anak muridnya. Semoga ianya mendatangkan manfaat untuk semua.



تفسير البغوى (معالم التنزيل)

كان سيدنا الإمام عبد الله بن علوي الحداد رضى الله عنه يقول :أركان الدين عندنا أربعة : (( البخاري )) فى الحديث, و (( البغوى )) فى التفسير, و(( المنهاج )) فى الفقه, و من الكتب الجامعة (( إحياء علوم الدين )).

 
Sesungguhnya Saiyyidina Al-Imam Abdullah bin ‘Alwi Al-Haddad RA berkata : Rukun agama disisi kami ada empat (Kitab Sahih Al-Bukhari) dalam ilmu hadith, (Kitab Al-Baghawi) dalam ilmu tafsir, (Kitab Minhaj) dalam ilmu  feqah dan (Kitab Ihya’ ‘Ulumid Din) dalam kebanyakan cabang ilmu.

تفسير الطبرى (جامع البيان)

قال الإمام النووي فى (تهذيب الأسماء و اللغات ) : كتاب إبن جرير فى التفسير لم يصنف أحد مثله.

Imam Nawawi RA berkata di dalam kitabnya (Tahzib Al-Asma’ wal Lughat) : tidak ada seorang ulama’ pun yang menulis kitab tafsir seperti kitab Tafsir Ibnu Jarir (iaitu Tafsir At-Thobari)

صحيح البخارى

يرى عن الشيخ أبى زيد المروزي قال : كنت نا ئما ين الركن و المقام, فرأيت النبي صلى الله عليه وسلم فى المنام فقال صلى الله عليه وسلم : يا أبا زيد, إلى متى تدرس كتاب الشافعى ولا تدرس كتابى ؟ فقلت : يا رسول الله, وما كتابك ؟ قال صلى الله عليه وسلم : جامع محمد بن إسماعيل, يعنى صحيح البخارى رضى الله عنه. 

Telah diriwayatkan daripada Syeikh Abi Zaid Al-Marwaziyyi, beliau berkata : Aku tertidur di antara Ar-Rukn dan Maqam Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam dan aku bermimpi berjumpa dengan Nabi Salallahu ‘Alaihiwassalam. Maka Rasulullah pun berkata kepadaku “ Sampai bila engkau akan terus belajar kitab Al-Imam As-Syafie dan bila engkau akan belajar kitabku?” Maka aku pun bertanya : Ya Rasulullah, apakah kitab engkau itu? Maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam menjawab : “Himpunan Muhammad bin Ismail” iaitu Kitab Sahih Al-Bukhari.
Syarah Sahih Al-Bukhari yang terbaik adalah kitab Fathul Bari karangan Syeikh Ibnu Hajar Al-'Asqalani.

سنن أبى داود

روينا عن المحسن بن محمد بن إبراهيم الواذاري قال : رأيت النبى صلى الله عليه وسلم فى المنام فقال : من أراد ان يستمسك بالسنن فاليقرأ كتاب أبى داود.

Telah meriwayatkan kepada kami daripada Al-Muhsin bin Muhammad bin Ibrahim Al-Wazariyyi berkata : Aku bermimpi berjumpa dengan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam. Maka berkatalah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam : Barangsiapa yang ingin berpegang dengan sunnahku hendaklah dia membaca Kitab Sunan Abi Daud.

شرح مسلم للإمام النووي

قال الحبيب أحمد بن حسن العطاس رضى الله عنه : إنا وجدنا من البركة والنور والعلم والإفادة والإستفادة فى هذه الكتب الثلاثة ما لم نجده فى غيرها, وهى (الإتقان فى علوم القرأن), و(شرح النووي على صحيح مسلم), و(اليواقيت والجواهر فى عقائد الأكابر) للشعرانى. فعليك بمطالعتها ومداومة النظر فيها.

Al-Habib Ahmad bin Hasan Al-‘Attos RA berkata : Sesungguhnya kami telah dapati keberkatan, cahaya, ilmu, manfaat dan kelebihan pada tiga kitab ini sahaja yang tidak terdapat pada kitab-kitab lain iaitu (Al-Itqan fi ‘Ulumil Quran), (Syarah Imam Nawawi ‘Ala Sahih Muslim), (Al-Yawaqit wal Jawahir fi ‘Aqaidi Al-Akabir) Imam As-Sya’rani. Hendaklah kamu sentiasa membaca dan mengulangkajinya
Adapun dalam ilmu tasauf, ada beberapa kitab yang boleh para pembaca jadikan rujukan sebagaimana yang di sebut oleh ulama'-ulama' terdahulu :.

قال سيدنا الإمام عيدروس بن عمر الحبشى رضى الله عنه : الأمهات الست فى التصوف ستة كتب : (إحياء علوم الدين) و (منهاج العابدين) و (الأربعين فى أصول الدين) للغزالى, و (رسالة القشيري) و (عوارف السهروردي), و (القوت) لأبي طالب المكى.

Saiyyidina Al-Imam ‘Idrus bin ‘Umar Al-Habasyi RA berkata : Dasar rujukan kitab dalam Ilmu Tasauf ada enam iaitu (Ihya’ ‘Ulumid Din) dan (Minhajul ‘Abidin) dan (Al-Arba’ien fi Usulid Din) Imam Ghazali, dan kitab (Risalah Al-Qusyairi) dan (‘Awarifu As-Sahrawardiyyu) dan (Al-Qut) Imam Abi Thalib Al-Makki

0 comments: