Followers

Adakah Anda Juga 'Ustaz Mee Celup' ??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kebelakangan ini, masyarakat banyak menghadapi masalah. Baik dari segi kehidupan social, masalah rumah tangga, masalah feqah dan sebagainya. Apa yang yang membimbangkan penulis ialah masalah yang timbul akibat dari perancangan licik yahudi yang berkait dengan masalah hukum hakam sengit diperdebatkan oleh mereka yang tidak layak (ustaz mee celup) yang akhirnya satu demi satu perancangan yang dirancang yahudi puluhan tahun bahkan ratusan tahun dahulu sudah nampak bibik-bibik kejayaannya. Belum sempat sesuatu masalah dibahaskan, timbul pula masalah lain yang perlu kepada penilitian yang mendalam sebelum sesuatu keputusan diambil.




Reality yang berlaku ini menggambarkan kepada kita bahawa dunia hari ini sudah dipenuhi dengan mereka-mereka yang bergelar ‘ustaz mee celup’. Ana mendapat banyak komentar berkenaan situasi ‘ustaz mee celup’ ini yang semakin parah dan merebak di dalam masyarakat di Malaysia. Apabila ditanya apa yang dimaksudkannya, mereka menjawab “sekarang sudah ramai ustaz-ustaz yang berani mengeluarkan fatwa tanpa ada ilmu”.

Iye, situasi ini jelas berlaku bahkan sesetengah pembaca boleh mengamalkan dan mempertahankan sesuatu hukum berdasarkan kepada sumber maklumat yang didapati dari blog-blog dan website-website terntentu sahaja ! Ini amat membahayakan. Penulis tidak pernah bimbang sekiranya rujukan sesuatu hukum di ambil dari website Dr. Yusuf Al-Qardhawi cohtohnya dan ulama’-ulama’ yang lain. Begitu juga sekiranya para pembaca merujuk blog-blog dan website ustaz-ustaz yang begitu dikenali peribadi dan ilmunya, itu pun mempunyai beberapa syarat untuk diterima pakai ataupun sebaliknya.

Yang mengecewakan kita adalah ramai pembaca mengambil hukum dari sumber yang tidak pasti, disamping menjadikan sumber tersebut sebagai rujukan pertama dalam mengistibat (mengeluarkan atau memutuskan) hukum-hukum yang berkait rapat dengan agama. Akhirnya berlakulah apa yang telah disebut oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam iaitu sesat lagi menyesatkan.

Justeru, penulis ingin menasihatkan kepada semua pembaca supaya JANGAN mudah menerima HUKUM yang ditulis di dalam blog dan website SEHINGGA penulisan tersebut melinkkan dan menyatakan pendapat ulama’, bahkan perlu dinyatakan pendapat ulama’ mana atau dilampirkan sekali senarai kitab@buku yang dijadikan rujukan. Ini amat penting supaya ilmu dan hukum itu di ambil dari ahlinya.

Persoalan yang timbul : Tidak bolehkah seseorang ustaz yang mempunyai kelayakan mengeluarkan hukum ?

Jawapannya pada pandangan penulis : Semestinya boleh, tetapi apakah syarat yang menjadikan seseorang itu ada kelayakan dalam mengistinbat hukum ? Adakah seseorang yang mempunyai Master atau PhD dikira sudah ada kelayakan ? Justeru, perbincangan berkenaan perkara ini adalah cukup penting dan memerlukan waktu yang khusus untuk membincangkannya.





Para pembaca yang dihormati.

Untuk mengistinbat hukum seseorang ustaz itu perlu memahami banyak perkara antaranya :-

1- Mengetahui Bahasa Arab (termasuk nahu, sorof, balaghah dan sebagainya)

2- Mengetahui Ilmu Usul Fiqh.

3- Mengetahui Ayat-ayat Hukum di dalam Al-Quran

4- Mengetahui Hadith-hadith Hukum di dalam Sunnah

5- Mengetahui tempat-tempat Ijama’ dan sebagainya.

Maka berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah dinyatakan ulama’ Usul Fiqh tersebut, justeru syarat itulah menjadi kelayakan seseorang boleh mengeluarkan hukum-hakam terutama dalam perkara-perkara baru yang berlaku hari ini. Maknanya walaupun hukum berdasarkan perkara baru yang berlaku, tetapi sumber rujukan hukum adalah tetap telah disusun dan ditulis oleh ulama’-ulama’ yang mahir dalam bidang Syariah Islamiah. Oleh kerana itulah, setiap ustaz yang ingin mengeluarkan bahkan ingin menjawab permasalah yang berkait dengan hukum hendaklah dinyatakan bersama sumber yang menjadi rujukan mereka.
Penulis ditanya berkenaan dengan hukum menyertai Facebook (FB) rintitan dari sebuah majalah mengeluarkan artikel berkenaan penggunaan FB untuk membunuh penduduk Palestin. Sebelum penulis menyatakan hukum, maka penulis perlu mengkaji semasak-masaknya berkenaan dengan kesahihan kenyataan tersebut. Penulis juga banyak membuka website-website dan blog yang telah membincangkan hukum ini terlebih dahulu. Apa yang mengejutkan penulis ialah kenyataan yang dibuat dalam salah satu website tersebut ialah :
"Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM."

Masya-Allah ! betulkah apa yang disebut sedemikian ? Penulis ingin mengambil jawapan sebagaimana yang telah dinaqalkan oleh Ustaz Salman Maskuri iaitu :

Sumber Pensyariatan BOIKOT

Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin Athal RA ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata:

والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan."

Hadis SAHIH Bukhari Muslim.

Sepertimana diketahui beliau adalah penghulu Yamamah.

Dalam hadis lain menyebut:

فانصرف إلى بلده ومنع الحمل إلى مكة حتى جهدت قريش فكتبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألونه بأرحامهم أن يكتب إلى ثمامة أن يخلي إليهم حمل الطعام ففعل رسول الله صلى الله عليه وسلم

" Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan sampai kepada mereka. Rasulullah saw memperkenankan permintaan mereka."

Hadis HASAN riwayat Imam Baihaqi dan Ahmad.

Ini adalah merupakan dalil yang KUKUH terhadap pensyariatan boikot terhadap musuh-musuh Islam terutama yahudi yang jelas memusuhi dan mengisytiharkan perang ke atas umat Islam. Sekiranya orang-orang musyrikin Mekas masih menindas Nabi dan para sahabat ketika itu mestilah Nabi Sallahu Alaihi Wassallam akan meneruskan pemboikotan itu.
Penulis ditanya bagaimana pula dengan Hadith yang juga disebut dalam sesetengah penulis iaitu berkenaan Nabi Muhammad Sallallhu ‘Alahi Wassallam berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).
Memang hukum ASAL bermualah dengan mereka termasuk YAHUDI itu HALAL, tetapi ia BERUBAH mengikut KEADAAN. Perbincangan berkenaan dengan HUKUM BOIKOT seterusnya akan penulis post dalam artikal akan datang.
KESIMPULAN
1- Ilmu merupakan tunjang yang perlu ada sebelum seseorang mengeluarkan hukum. Sebelum mengeluarkan hukum terus dari ayat Al-Quran dan Hadith, puluhan ilmu perlu didalami. Sekiranya tidak ada kemahiran, hukum boleh didapati dengan merujuk para alim ulama’.
2- Para pembaca perlu berhati-hati dengan ‘ustaz mee celup’ yang sewenang-wenang mengeluarkan hukum agama tanpa merujuk kepada ulama’ terlebih dahulu. Mengistinbatkan hukum tanpa merujuk ulama’ adalah perkara yang batil.
3-Hukum bertukar mengikut keadaan dan semasa. Jurteru, hukum akan berbeza juga mengikut tempat dan suasana. Lebih elok masalah hukum terus dirujuk kepada mufti sesuatu tempat dan sekiranya berkaut dengan Islam keseluruhannya, hendaklah dirujuk ulama’ yang muktabar.
4-Jangan menyesatkan orang lain dengan ilmu cetek yang kita ada. Teruskan mendalami lautan ilmu dan berhati-hati sekiranya ilmu diperolehi dengan hanya membaca kitab ! Sekian.
RUJUKAN
القرأن الكريم
المقطعة الشرعية وضوابط الممارسة
الفتوى من أجل فلسطين – د. يوسف القرضاوي
الوجيز فى أصول الفقه

0 comments: