Followers

Warkah bisu buat yang bernama wanita..

Photobucket

Insan bergelar wanita...

Bertemu tanpa wajah, berbicara tanpa suara. Kehadapan mahasiswi-mahasiswi yang dihormati. Semoga berada di bawah lembayung rahmat Ilahi. Terima kasih kerana sudi meluangkan waktumu untuk menatap skrin bisu ini.

Hari ini kurasakan sedikit sayu apabila terkenang hari-hari yang lalu. Lantas, kucapai keyboard dan kutarikan jari jemariku di atas keyboard ini mengikut rentak hatiku. Izinkanku untuk meluahkan apa yang tersirat dalam hati ini.

Masih segar diingatanku, saat pertama kali menjejakkan kaki ke bumi kinanah ini. Rasa kagum menyelinap sanubari melihat suasana Islamik dikalangan siswa dan siswi. Lantas, ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mentakdirkan daku ditempat ini untuk menjadi pemangkin kearah pembentukan akhlak terpuji. Terima kasih aku ucapkan buat generasi-generasi terdahulu yang mewujudkan suasana ini.

Namun sejak kebelakangan ini, bumi yang penuh barakah ini telah dibanjiri dengan kehadiran siswi-siswi dari latar belakang yang berbeza. Dikau datang dengan membawa ideologi tersendiri, dikau hadir dengan membawa akhlak yang kurang disenangi, dikau datang menyumbang fitnah kepada kami.

Cukuplah...cukuplah wahai insan membawa budi pekerti yang dibenci. Cukuplah wahai insan beramal dengan akhlak yang rosak disini. Cukuplah wahai insan membawa trend yang melanggar syariat dibumi Anbia’ ini. Janganlah disebabkan kehadiranmu ke sini memusnahkan biah Islamik yang diwarisi generasi-generasi sebelum ini.

Suasana mendung ini daku hadapi dengan tabah dan sabar. Ingat mendung sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Dugaan yang hebat muncul lagi. Masalah social yang tidak pernah diundang tiba, makin menjadi-jadi. Jika dahulu siswa-siswi chatting tidak syar’ie, ikhtilat melalui telefon cukup dipandang negetif. Tapi..hari ini couple siswa-siswi Malaysia sudah menjadi budaya. Pergi sahaja ke city star nescaya budaya ini menjadi tatapan umum.

Bila couple menjadi-jadi, hilang sudah suasana Islamik yang dipelihara selama ini. Mahasiswi keluar malam tanpa musyrif sudah menjadi kebiasaan. Pakaian ketat ?? Seolah-olah bukan kesalahan. Memasuki tempat-tempat yang dilarang adalah kerana ingin menenangkan fikiran. Apabila ditanya dan dinasihati, pelbagai alas an dan jawapan yang diberi bagi menghalalkan perkara yang mereka lakukan. Inilah kehidupan dunia di akhir zaman.

Mahasiswi yang dikasihi..

Harapanku cuma satu. Supaya dikau tetap berada pada landasan syariat. Apapun bidang pengajian yang diambil, Islam merupakan system kehidupan yang wajib dipatuhi. Jadikanlah ummahatul mukminin sebagai contoh tauladan terbaik. Hiasilah diri dengan akhlak yang mulia. Budi pekerti yang baik dijadikan amalan. Nescaya dikau akan selamat sekarang dan akan datang. Sekian..

0 comments: