Followers

Fakta @ Reka..

Ribut Tornado

Salam ziarah kepada semua pengunjung...

Tirai 2009 bakal berlabuh. Penulis dan rakan-rakan sedang menunggu pembukaan tirai 2010 yang sedikit sebanyak mendebarkan. Masakan tidak, peristiwa bala bencana yang berlaku sebelum-sebelum ini bermain dibenak fikiran penulis. Peristiwa tsunami, taufan Katrina, rebut tornado, gempa bumi, tanah runtuh, letupan gunung berapi dan sebagainya yang berlaku diseluruh dunia mengingatkan kita agar segera bertaubat dan berubah.

Wartawan-wartawan dan para blogger banyak mengulas peristiwa-peristiwa ini. Namun apa yang mengecewakan dan membimbangkan penulis, ada dikalangan blogger mengulas isu bala ini tanpa menggunakan rujukan yang sebaiknya sehinggakan akhirnya pandangan peribadi yang diutarakan adalah bercanggah dengan maklumat dan fakta sebenar. Lebih membahayakan lagi sesetengah blogger yang mengulas isu ini khususnya tanpa ada sebarang rujukan dan menggunakan ayat-ayat dalam penulisan yang boleh menyumbangkan kepada terkeluarnya dari Islam tanpa disedari. Ini amat berbahaya !
Penulis membaca beberapa artikel dari blog-blog yang penulis kunjungi dan penulis mendapati sesetengah artikel yang dipaparkan boleh mencemarkan akidah dan merosakkan agama yang dianutinya.

kesan gempa bumi

BALA BENCANA @ AZAB TUHAN ?

Pada pandangan penulis, semua bala bencana yang berlaku di atas muka bumi ini adalah merupakan azab kecil yang ditimpakan Allah SWT kepada hambanya bagi tujuan peringatan dan pengajaran. Firman Allah SWT dalam Surah Sajdah ayat ke 21 yang bermaksud ;
“Kami menimpakan azab yang kecil bukan azab yang besar kepada mereka, mudah-mudahan mereka kembali ke jalan yang benar”
Ahli Tafsir mengatakan azab yang kecil itu ialah bala dunia dan azab yang besar adalah azab diakhirat nanti.

ribut katrina

AZAB DITURUNKAN WALAU ADA HAMBA YANG BERIMAN ?

Jawapannya sebagaimana Hadith daripada Ummu Salmah berkata : aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“Apabila maksiat dikalangan umatku berleluasa, nescaya Allah akan menimpa terhadap mereka suatu azab dari sisi-Nya.”

Ummu Salmah bertanya : ya Rasulullah SAW tidak adakah disisi mereka orang-orang yang soleh ?

Nabi SAW menjawab : “iya, disisi mereka ada orang-orang yang soleh”

Ummu Salmah bertanya lagi : bagaimana pula nasib orang-orang yang soleh tersebut?

Nabi SAW menjawab : “mereka turut ditimpa dengan bala yang menimpa kaum mereka. Kemudian Allah SWT memberi keampunan dan keredhaan kepada mereka”

Hadith Riwayat Imam Ahmad

Dan hadith daripada Munzir Ibn Jarir daripada ayahnya berkata : Nabi SAW bersabda :

“Sekiranya sesuatu kaum melakukan maksiat sedangkan ditempat mereka ada lelaki yang mampu mencegahnya tetapi lelaki tersebut tidak mencegah kaumnya, nescaya Allah akan menimpa mereka semua dengan azab”

Hadith Riwayat Abu Daud, Imam Ahmad dan Tabrani.

Kesimpulannya bala akan ditimpakan ke atas satu-satu tempat dan masa yang telah ditetapkan Allah di Luh Mahfudz lagi. Apabila azab diturunkan kepada sesuatu kaum, maka semua penduduk akan berhadapan dengannya tanpa terkecuali. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 25 :

“ Takutlah kamu akan azab Allah, azab ini apabila diturunkan tidak hanya terkena pada orang-orang yang zalim sahaja……”

Dan semestinya bagi orang-orang beriman yang melihat azab tersebut akan menambah dan menguatkan lagi keimanan mereka terhadap Allah. Adapun bagi orang-orang yang tidak beriman apabila ditimpa azab tersebut mereka menganggap ia merupakan bencana alam semata-mata. Kita dimana ? Tepuk dada tanya iman…

Wallahu A’lam.

0 comments: