Followers
NIL bukti ISLAM menjaga nyawa manusia...
Salam mahabbah kepada pengunjung sekalian...
Dalam kesibukan membaca dan membelek kitab bagi menghadapi imtihan yang bakal menjelma tidak lama lagi, penulis terlihat satu album gambar lama (bukan milik penulis), lalu penulis membuka satu persatu gambar dalam album tersebut. Kebanyak gambar adalah diambil sewaktu berkunjung ke Selatan Sinai dan mewalat beberapa tempat lain lagi. Penulis sungguh teruja melihat satu gambar permandangan ketika senja di Sungai Nil.
Iye, sungai Nil merupakan nadi kehidupan rakyat Mesir. Tanpa Nil rakyat mesir akan hilang separuh dari keperluan kehidupan. Kali ini penulis ingin menceritakan sejarah sungai Nil selepas kehadiran Islam 1400 tahun dahulu.
Ketika Mesir dibuka oleh panglima Islam pada tahun ke 20 Hijrah, Amirul Mukminin Saiyyidina Umar Al-Khatab menghantar Sayyidina Amru Al-Ash menjadi gabenor di Mesir. Penduduk Mesir bertemu Sayyidina Amru dan menceritakan peristiwa Nil setiap kali sampai ke bulan Bu'nah (bulan orang-orang qibti) maka air Nil akan kering. Makan penduduk Mesir akan mencari seorang gadis sunti dan dipakaikan dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik serta mahal dan gadis tersebut akan dikorbankan kedalam sungai Nil.
Sayyidina Amru berkata bahawa ini amalan khurafat dan Islam tidak membenarkan amalan-amalan seperti ini. Lantas Sayyidina Amru menulis surat kepada Saiyyidina Umar Al-Khatab di Madinah menceritakan perihal penduduk Mesir. Maka Saiyyidina Umar membalas surat Sayyidina Amru dan menyuruh agar mencampakkan surat yang ditulis kepada Sungai Nil kedalam sungai tersebut.
Maka Saiyyidina Amru pun melakukan sebagaimana yang disuruh sebaik sahaja mendapat maklum balas dari Saiyyidina Umar Al-Khatab. Isi surat yang ditulis kepada Nil berbunyi :
"Dari hamba Allah Umar Al-Khatab amirul mukminin kepada Nil penduduk Mesir. Adapun selepas itu, sekiranya engkau (NIL) mengalir selama ini atas kehendak dan keinginan engkau, maka cukuplah dari mengalir kerana kami tidak memerlukan engkau lagi. Andainya engkau mengalir di atas kekuasaan dan kehendak Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa, maka kami memohon daripada Allah untuk terus mengalirkan engkau"
Maka, sejak hari itu sejarah membuktikan Nil tidak pernah kering sehingga hari ini. Islam telah menyelamatkan jiwa manusia yang sebelum itu menjadi korban ribuan tahun lamanya. Inilah rahmat Islam dijadikan agama !
0 comments:
Post a Comment