Followers

Puasa pada 9 (Tasu'a) dan 10 ('Asyura) Muharram

Salam ziarah kepada pengunjung sekalian..

Berpuasa pada sembilan dan sepuluh daripada bulan Muharram adalah merupkan sunnah sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah SAW :

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW ditanya berkenaan puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram). Lalu Rasulullah SAW bersabda :"Puasa pada hari itu dapat menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada tahun-tahun yang lepas "

Hadith riwayat Imam Muslim

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa juga pada hari (Tasu'a) kesembilan Muharram"

hadith riwayat Imam Muslim

Sama-samalah kita beramal dengan sunnah ini. Sekian..

0 comments: