Followers

Wahai Muslimah..

Photobucket

Wahai muslimah…
Pada wajahmu yang jernih itu
Pancarkanlah cahaya suci
Buat terukir sebuah ketenangan
Buat semangat sebagai sayap kiri
Sebuah perjuangan

Wahai muslimah…
Dalam gerak gerimu itu
Lahirkanlah kelembutan semula jadi
Agar pergi segala gelisah
Moga hilang segala derita

Wahai muslimah…
Pada lidahmu yang lembut itu
Susunlah keharuman bicaramu
Agar hati yang bergelora
Sejuk dan tenteram kembali

Wahai muslimah…
Ditanganmu ada amanah yang besar
Mencorak keluarga dan generasi
Agar dapat melahirkan hamba rabbani
Yang patuh kepada kehendak syar’ie


Wahai muslimah…
Pada tutur bicaramu
Pada gerak lakumu
Adalah lambang insan masa depan
Antara memikul dosa-dosa
Atau khusyuk memetik pahala

Sedarilah kewajipanmu
Kerana…
Sebaik-baik perhiasan dunia
Adalah…
Wanita solehah

0 comments: