Followers

Salam Maal Hijrah ( Peperangan Khaibar Bhgn I )

Salam Mahabbah dan Maal Hijrah kepada pengunjung sekalian.

Alhamdulillah..kita masih diberi kesempatan untuk terus hidup dibumi yang fana ini. Bulan Muharram merupakan salah satu bulan Haram yg empat. Padanya banyak peristiwa yg berlaku boleh diteladani.

Penulis teringat akan peristiwa peperangan khaibar juga berlaku pd bulan yg mulia ini. Peperangan Khaibar berlaku pada bulan Muharram tahun ketujuh Hijrah di salah satu perkampungan Yahudi yg bernama Khaibar, lebih kurang 100 kilometer di utara kota Madinah.

Peperangan yg merupakan perancangang Rasulullah SAW membasmi saki baki puak Yahudi yg masih ada disekitar Madinah setelah perjanjian Hudaibiyyah ditandatangani bersama di antara Rasulullah SAW dengan pihak Quraisy. Perancangan ini amat penting utk dilaksanakan bg menjamin keamanan dan kesejahteraan Madinah setelah Kota Madinah sendiri berjaya dibersihkan daripada Yahudi Bani Nadhir, Bani Qainuqa' dan Bani Quraizhah.

Kaum Yahudi di Khaibar mempunyai kubu yg sangat kuat. Bilangan tenteranya begitu ramai sehingga mencapai jumlah 10 000 orang. Mereka juga mempunyai kelengkapan perang dan peralatan senjata yg cukup besar, disamping kehebatan mereka dalam tipu daya peperangan, menghasut dan mengadu domba.

Oleh sebab itu, mereka terpaksa dihapuskan bagi mengelak pertelingkahan dan huru hara dikalangan kaum muslimin di Madinah. Rasulullah SAW mengambil keputusan untuk berdepan dengan mereka pada penghujung bulan Muharram. Kekuatan umat Islam ketika itu berjumlah 1 600 orang sahaja termasuk 200 orang tentera berkuda.

Sesampai Rasulullah SAW di Khaibar, Baginda berhenti seketika sambil berdoa bersama para sahabat yang bermaksud :

"Ya Allah, Tuhan langit dan segala apa yg ada dibawahnya, Engkau adalah Tuhan bumi dan segala apa yg ada diatasnya. Engkau juga adalah Tuhan syaitan dan segalaapa yg telah disesatkannya. Engkau juga Tuhan angin dan segala apa yg ditiupkannya. Sesungguhnya kami memohon kepada-MU kebaikan negeri ini, kebaikan penduduknya dan kebaikan segala yg ada di dalamnya. Kami juga memohon perlindungan kepada-MU daripada kejahatan negeri ini, kejahatan penduduknya dan segala apa yg ada di dalamnya"

Setelah itu Baginda memilih satu tempat yg berdekatan dengan salah satu kubu Khaibar yg dipanggil An Natha' sebagai markaz perhimpunan tentera Islam. Tiba-tiba salah seorang sahabat yg bernama Al Habbab bin Al Munzir mencadangkan agar berpindah ketempat yg lain kerana beliau mengenali penduduk An Natha' yang terkenal dengan jaguh-jaguh pemanah, lebih-lebih lagi mereka berada di tempat yang lebih tinggi dari kaum muslimin. Sudah tentu serangan panah mereka lebih cepat mengenai sasaran dan mungkin juga mereka akan melakukan serangan mengejut diwaktu malam dengan berselindung disebalik pohon -pohon tamar yg banyak disekitar kubu itu.

Setelah mendengar keterangan tersebut, Rasulullah SAW mengarahkan bala tentera Islam agar berpindah ke kawasan yg lebih selamat. Kemudian berlakulah pertempuran yg begitu sengit sehingga satu demi satu kubu musuh dapat dikuasai oleh tentera Islam kecuali dua kubu terakhir. Disinilah tentera Yahudi bertahan dengan gigih sekali sehingga mengorkankan banyak nyawa dari kedua-dua belah pihak....(bersambung)

0 comments: