Followers

Pahang negeri kesayanganku...

Photobucket

Para pembaca yang dikasihi...

Penulis ingin meluahkan isi hati berkenaan dengan negeri Pahang yang amat disayangi. Penulis terfikir "kalaulah profesionalisma diambil kira sebagai indek penilaian KPI Negara, maka Pahang boleh dianggap mempunyai indek terburuk. Masakan tidak, penyelewengan kewangan negeri sehingga mencapai defesit 10 tahun lamanya, kerugian anak syarikat kerajaan, menghadapi perlbagai saman disegenap penjuru akibat penyalahgunaan kuasa, penghakisan satu demi satu sumber khazanah bumi sehinggakan kemusnahan ekosistem akibat pembalakan dan penerokaan tanah rakyat atas nama pembangunan bukanlah sesuatu yang menjadi rahsia lagi. Bezanya rakyat Pahang merelakannya".

Justeru, pelbagai pihak bangun untuk mengecam termasuklah ahli politik dan sesetengah rakyat jelata. Namun, apa yang penulis ingin bawakan kali ini adalah sikap “desperate” dan “kerimbaan” yang dianuti para pemimpin kerajaan Pahang Darul Makmur.

Ingin penulis jelaskan sikap kerimbaan ini ialah pemimpin negeri tidak boleh dikritik lansung. Seolah-olah apa yang dibuat kerajaan adalah sesuatu yang harus diterima oleh rakyat tanpa ada sebarang komen dan kritikan. Andai rakyat cuba memberi nasihat dan kritikan atau lebih tepat lagi cuba untuk menentang kerajaan dek kerana sikap kerajaan negeri yang tidak professional, maka tindakan akan diambil. Penulis mempunyai bukti bagaimana seorang peguam dikecam kerana banyak mengendali kes-kes yang melibatkan penyalahgunaan kuasa pihak kerajaan. Penulis juga mempunyai beberapa maklumat tambahan yang lain bagi membuktikan sikap desperate kerajaan negeri Pahang.

Penulis ingin mengajak kepada semua rakan-rakan, para intelektual-intelektual dan para pengamal undang-undang, lebih-lebih lagi mereka yang mengambil pengkhususan dalam hal ehwal keagamaan supaya tidak berpeluk tubuh sahaja melihat penyelewengan kerajaan negeri. Apa yang lebih penting rakyat Pahang tidak boleh merestui akan perbuatan yang tidak bermoral ini dan perlu mencari jalan bagi menyelesaikannya. Sekian..

0 comments: