Followers

Peperangan Khaibar Bhgn II

Salam ziarah kepada pengunjung sekalian...

Sejarah mencatatkan, Rasulullah SAW melantik beberapa orang sahabat RA untuk memegang panji Islam dan menjadi ketua untuk merempuh masuk kedalam kubu Yahudi. Namun, beberapa orang sahabat tersebut tidak Berjaya merempuh masuk kedalam kubu Yahudi yang begitu kuat, maka Rasulullah SAW pun bersabda:

“Esok, aku akan serahkan panji ini kepada seorang lelaki yang kasihkan Allah dan Rasul-Nya dan yang dikasihi Allah dan Rasul-Nya, semoga Allah memberikan kemenangan kepadanya”.

Pada malam itu sahabat-sahabt Rasulullah SAW menanti-nanti siapakan yang dimaksudkan oleh Baginda SAW. Menjelang keesokan paginya, para sahabat bergegas brtjumpa Rasulullah SAW dengan harapan yang tinggi untuk menjadi pilihan Baginda SAW. Rasulullah SAW bertanyakan mereka “Dimanakah Ali bin Abi Talib?” Para sahabat menjawab “Ali sedang sakit pada kedua matanya” Rasulullah SAW meminta para sahabat membawa Saiyyidina Ali kepadanya. Sebaik sahaja Sayyidina Ali sampai, Baginda terus meludahi metanya sambil berdoa supaya disembuhkan penyakitnya itu. Berkat doa Rasulullah SAW matanya pulih seperti sedia kala dan Nabi menyerahkan panji Islam kepada Sayyidina Ali.

Dengan berani Sayyidina Ali merempuh masuk kedalam kubu Yahudi itu dengan diikuti oleh tentera Islam yang lain sehinggalah mereka mendapat kemenangan didalam peperangan tersebut. Didalam peperangan ini Sayyidina Ali Berjaya membunuh ketua Yahudi yang bernama Marhab.

Apabila tentera Islam beroleh kemenangan, kaum Yahudi terpaksa menerima genjatan senjata dan perdamaian demi menjaga darah dari terus mengalir hasil daripada peperangan tersebut. Dalam perundingan itu, kedua-dua belah pihak bersetuju dengan ketetapan tersebut:

1. Darah mereka dijaga dan keturunan mereka diberi jaminan keamanan.
2. Mereka hendaklah keluar dari Khaibar bersama kaum keluarga.
3. Mereka tidak dibenarkan membawa sebarang harta melainkan keluar dengan sehelai sepinggang sahaja.

Setelah ketetapan iti dipersetujui, msks keluarlah mereka dari Khaibar. Umat Islam memperolehi banyak harta ghanimah dan menjumpai kitab-kitab Taurat. Kitab tersebut kemudiannya diserahkan kembali kepada mereka setelah mereka membuat permohonan kepada Rasulullah SAW supaya kitab Taurat itu dikembalikan kepada mereka. Peperangan ini telah mengorbankan seramai 93 orang daripada kalangan Yahudi dan 15 orang daripada pihak Islam. Wallhu A’lam.

0 comments: