Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaralatuh
Memandangkan sekarang merupakan fatrah mengempen bagi Badan Pengurus PMRAM. Penulis melihat beberapa poster telahpun diedar oleh penyokong calon-calon tertentu bagi mendapat sokongan untuk calon mereka. Semoga pilihanraya PMRAM 2010 akan berjalan dengan lancer. insyaAllah.
Apabila diteliti semula, jelas terlihat diantara keunikan Syariat Islam. pemimpin dan rakyat atau ahli semuanya mempunyai peranan untuk kepentingan yang satu. Bukan sahaja ahli diwajibkan taat kepada pimpinan , malah pimpinan mestilah telus dan sedia ditegur atau dikritik .
Sekalipun teguran atau kritikan tersebut amat pahit untuk ditelan , namun akhlak seorang pemimpin dan kepentingannya untuk Islam mengatasi segala – galanya.
Pemimpin yang sukar ditegur atau dikritik dan menampilkan imej elit dalam gaya kepimpinannya , akan melebarkan jurang antara pemimpin dengan ahli dan fenomena ini tidak selayaknya berlaku dalam sebuah organisasi yang bercirikan syariat Islam.
Pada dasarnya , sikap kepimpinan yang sedemikian (sukar ditegur dan berketerampilan elit) tidak hanya melebarkan jurang antara kepimpinan dengan ahlinya , malah mengundang konflik dan krisis dalaman . Paling minima , ahli akan bersikap dingin dan tiada kerjasama yang baik terhadap pimpinan sedemikian .
Keadaan ini tentunya melemahkan kesatuan organisasi tersebut dan ia melambatkan proses mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan . Mendengar dan menerima teguran bukanlah suatu sikap yang merosakkan imej kepimpinan kita , sebaliknya ia adalah sikap yang terpuji dan ia menjadi tanda bahawa ia menerima hidayah Allah swt. , apatah lagi teguran dan kritikan itu sangat membina . Allah swt. mengajar kita :
الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمْ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الأَلْبَابِ
( الزمر 18 )
“ Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah ( petunjuk ) oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.”
Sebagai seorang pemimpin yang dipilih atau dilantik memegang amanah jamaah dan organisasi dan ahli sayugianya mempelajari dan menghayati apa yang dilafazkan oleh Saiyidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu dalam khutbahnya sejurus diberi mandat sebagai khalifah .[1]
أَيُّهاَ الناَّسُ : قَدْ وُلِّيْتُ أَمْرُكُمْ وَ لَسْتُ بِخَيْرِكُمْ وَ لكِنْ نُزِلَ القُرْآنُ وَ سَنَّ النَّبِيَُ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ السُّنَنَ فَعَلِمْنَا أَنَّ أَكْيَسَ الكَيْسُ التُّقَى وَ أَنَّ أَحْمَقَ الحَمْقَ الفُجُوْرِ وَ أَنَّ أَقْوَاكُمْ عِنْدِي الضَّعِيْفُ حَتَّى آخِذُ لَهُ بِحَقِّهِ وَ أَنَّ أَضْعَفَكُمْ عِنْدِي القَوِيُّ حَتَّى آخِذُ مِنْهُ الحَقّ . أَيُّهاَ النَّاسُ : إِنَّمَا أَناَ مُتَّبِعٌ وَ لَسْتُ بِمُبْتَدِعِ فَإِنْ أَحْسَنْتُ فَأَعِيْنُوْنِيْ وَ إِنْ زِغْتُ فَقَوِّمُوْنِيْ
“ Wahai manusia : Sesungguhnya aku dilantik untuk memimpin kamu sedang aku bukan yang terbaik dikalangan kamu , namun Al quran telah diturunkan dan Nabi saw. telah meninggalkan sunnahnya , justeru itu kita mengetahui bahawa yang paling pintar ialah kepintaran orang yang bertaqwa kepada Allah dan yang paling bodoh pula ialah kebodohan orang yang jahat .
Sesungguhnya orang yang paling kuat dikalangan kamu adalah lemah disisiku sehingga aku mengambil suatu yang menjadi hak ( yang mesti ditunai )bagi dirinya dan sesungguhnya orang paling lemah dikalangan kamu adalah kuat disisiku sehingga aku mengembalikan haknya ( yang mesti dimilikinya ).
Wahai manusia : Aku adalah orang yang mengikut sunnah bukan yang mengada – ngadakan perkara baru . Kiranya aku berlaku adil dan betul dalam pentadbiran, maka bantulah aku dan kiranya aku menyeleweng maka perbetulkanlah aku.”
Sekian, Wallahu A’lam.
0 comments:
Post a Comment