Followers

KeWAJIPan Amar Makruf dan Nahi Mungkar !


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala. Selawat serta salam buat kekasih-Nya, Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga, para sahabat dan semua pengikut setia Baginda hingga ke akhir zaman.

Kita diciptakan oleh Allah Taala untuk menjadi khalifah-Nya di atas muka bumi ini. Selain pengabdian kepada-Nya, kita juga hendaklah melaksanakan segala titah perintahnya disamping meninggalkan dan menjauhi segala larangan-Nya. Justeru, kali ini penulis ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian satu tugas yang WAJIB kita laksanakan. Ia juga merupakan ibadah yang ditugaskan kepada kita ! Ibadah itu ialah amar makruf nahi mungkar. Tugas ini wajib ke atas setiap individu Islam berdasarkan firman Allah Taala ;

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
                “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf dan mencegah dari yang mungkar”

At-Taubah : 71

Allah telah menyifatkan orang-orang yang beriman itu sebagai orang-orang yang menyuruh membuat kebajikan dan melarang membuat kemungkaran. Ia merupakan puncak tertinggi dalam agama dan sangat penting kerana Allah mengutuskan nabi-nabi ke duni. Firman Allah Taala :

                “Dan mereka menyuruh berbuat baik dan mencegah membuat jahat, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya”

Ayat ini lanjutan dari ayat 104 dari Surah Ali Imran yang sebelumnya. Maksud berjaya disini ialah beruntung, menang dan berbahagia di dunia dan akhirat.

Ayat ini menyatakan bahawa perbuatan menyuruh berbuat baik dan benar serta melarang berbuat jahat dan salah adalah sebesar-besar syiar Islam. Ia merupakan asas yang penting dan tugas yang utama ke atas kaum muslimin. Dengan memelihara asas itu, akan luruslah segala perkara dan eloklak segala hajat. Dengan mencuaikannya pula akan tergendalalah segala hak dan terlanggarlan segala batasan. Akhirnya akan lenyaplah segala hak dan lahir pula yang batil.

Perkara yang baik di sini bermaksud segala perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada kita untuk mengerjakannya desang Dia rela jika sekalian hamba-Nya menunaikannya. Perkara yang jahat atau salah pula bermaksud segala perkara yang dilarang Allah kepada kita untuk melakukannya, sedang Dia suka jika hamba-Nya menjauhinya.

Menjalankan tugas ini, yakni menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat adalah tugas yang wajib dan perintah yang tidak boleh diabaikan sama sekali. Sabda Rasulullah s.a.w.

                “Bukan dari golongan kami, orang yang tidak mengasihi orang muda dan tidak menghormati orang yang lebih tua, tidak menyuruh berbuat yang baik dan tidak melarang perbuatan jahat”

                “Demi jiwaku yang berada di bawah kekuasaan-Nya, hendaklah kamu menyuruh orang berbuat baik dan melarang berbuat jahat dan menegah orang yang zalim ataupun Allah menurunkan azab-Nya yang pedih ke atas kamu”

                “Sekiranya umatku takut berkata kepada orang zalim, hai zalim ! maka terlepaslah amanat itu dari tangannya” *

  • * Yakni telah hilang dan lenyaplah kebaikan umat itu dan
dekatlah masa kehancuran.

PENGERTIAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR

Menyeru dan memanggil, memerintah atau menyuruh perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan mendekatkan diri dengan Allah. Termasuk kerja-kerja yang dilaksanakan untuk memperbaiki masyarakat.

Mencegah atau melarang dari kejahatan yang dilarang oleh Allah melalui Al-Quran dan As-Sunnah.

DALIL-DALIL AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Firman Allah s.w.t :

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
 “Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan menegah kepada dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang sebenar-benar beriman”
Ali Imran : 104
Firman Allah Taala lagi :

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
 “Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah”
Ali Im’ran : 110
Sabda Rasulullah s.a.w :

                “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, apabila tidak kuasa maka dengan lidahnya, apabila tidak kuasa maka dengan hatinya dan yang demikia itu adalah selemah-lemah iman, dan tidak ada lagi keimanan dibelakangnya”
Riwayat Muslim.

Dalam riwayat lain, disifatkan orang yang mengubah atau mengingkari kejahatan dengan hati, sebagai seorang yang tidak mempunyai iman sekalipun sebesar zarah.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi :

                “Wahai manusia !! sesungguhnya Allah memerintah kepada kamu : Kamu sekalian suruhlah orang mengerjakan kebaikan dan laranglah mereka mengerjakan kejahatan, sebelum kamu berdoa tetapi Aku tidak mengkabulkannya, dan kamu minta apa-apa kepada-Ku, tetapi aku tidak memberinya, dan kamu meminta pertolongan kepada-Ku tetapi Aku tidak menolong kamu”

Riwayat Tirmidzy
Sabda Baginda lagi :

                “Barangsiapa menyembunyikan ilmu padahal dengan ilmu itu Allah akan memberi manfaat kepada manusia dalam perihal berkaitan agama, maka kelak di hari akhirat ia akan dikekang oleh Allah dengan kekangan dari api neraka.
Riwayat Ibnu Majah.

Sabda Baginda yang bermaksud :

                “Tidak ada seorang pun dikalangan nabi-nabi yang dibangkitkan oleh Allah sebelum aku yang tidak mempunyai ‘Hawari’, sahabat-sahabat yang terdekat kepada beliau dari kelangan umatnya dan yang secara lansung menerima sunnahnya dan mengikuti perintahnya. Kemudian kelak akan muncul satu generasi yang menyatakan sesuatu yang mereka tidak perbuat, dan suka membuat sesuatu yang tidak diperintahkan kepadamu. Maka barangsiapa yang berjuang menghadapimu dengan tangannya, maka dialah orang yang beriman. Dan barangsiapa yang berjuang menghadapimu dengan hatinya, maka dialah orang yang beriman. Dan dibawah tingkatan itu, tidak ade lagi keimanan walaupun seberat biji bayam”

WAJIB MENJALANKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Tugas menjalankan amar makruf nahi mungkar menjadi WAJIB berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud :

                “Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, merekalah orang-orang yang berjaya.”

1. Perkataan ( ) yang bermaksud wajiblah, merupakan satu perintah dan jelas sekali perintah itu menunjukkan kewajipan perkara yang disuruh.

2. Perkataan ( ) yang bermaksud berjaya dan berbahagia yang mana percapaian itu
    bergantung kepada perintah yang wajib tadi. Ternyata bahawa tugas itu wajib fadhu kifayah.

Firman Allah Taala :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
                “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan mereka sendiri mendirikan sembahyang”
At-Taubah : 71

Allah telah menyifatkan orang-orang yang beriman itu sebagai orang-orang yang menyuruh mengerjakan kebaikan, maka dengan sesiapa yang meninggalkan tugas itu terkeluarlah dia dari golongan yang telah disifatkan Allah tadi.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

                “Allah telah meletakkan laknat-Nya ke atas orang-orang kafir dari golongan Bani Israel ke atas lisan Daud dan Isa bin Maryam. Dan disebut bahawa mereka itu menderhakai dan sering melanggar batas. Mereka itu tiada larang melarang terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Alangkah buruknya perilaku yang mereka lakukan itu”

Ayat tersebut merupakan puncak amaran dan kemungkinan dari Allah kerana yang menyebabkan mereka ditimpa laknat itu kerana mereka meninggalkan perbuatan nahi mungkar.

Firman Allah Taala :

“Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan dikalangan manusia, kamu menyuruh kepada amar makruf dan mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah”

Ayat di atas menunjukkan bahawa amar makruf nahi mungkar itu paling utama sekali, kerana Allah telah memberikan pujian kepada orang yang melaksanakan tugas ini, sebagai sebaik-baik umat di muka bumi ini.

Firman Allah Taala lagi yang bermaksud :

                “Dan setelah mereka melupakan apa yang teleh diperingatkan kepada mereka , Kami menyelamatkan orang-orang yang melarang mereka dari membuat kejahatan dan Kami menyiksa orang yang menganiyai itu dengan siksaan yang mengerikan tersebab mereka itu berbuat kejahatan”

Ayat ini menerangkan bahawa mereka mendapat keselamatan disebabkan mereka mencegah orang lain daripada membuat kemungkaran.

Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلَا الْهَدْيَ وَلَا الْقَلَائِدَ وَلَا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَانًا ۚ وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا ۚ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُوا ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
                “Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan”
Al-Maidah : 2

Perintah ini adalah satu kemestian dan maksud ( ) ialah mengajak manusia melakukan dan memudahkan jalan bagi melakukan kebajikan dan menutup jalan-jalan yang boleh menjerumuskan kepada kejahatan dan permusuhan sekadar kemampuan dan keupayaan.

Firman Allah Taala :

                “Mengapa tidak terdapat dari angkatan yang terdahulu dari kamu orang-orang yang memiliki kelebihan, yang akan melarang manusia dari melakukan keburukan di muka bumi kecuali sebahagian kecil sahaja di antara orang-orang yang kami selamatkan”

Ayat tersebut telah menerangkan bahawa Allah telah memusnahkan semua mereka kecuali sebahagian kecil sahaja dari orang-orang yang telah mencegah melakukan kemungkaran itu.

Adapun khabar atau hadith yang memberitakan tentang amar makruf nahi mungkar ini sebagaimana yang telah diriwayatkan dari Abu Bakar, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

                “Tiada satu kaum pun yang melakukan maksiat, sedang dalam kalangan kaum itu ada orang yang mampu mencegah mereka dari perbuatan itu tetapi ia tiada perbuat, tiadalah mereka merasa bimbang bahawa Allah hampir-hampir akan menimpakan siksa-Nya ke atas mereka sekalian

Sekian, Wallahu A’lam.

0 comments: