Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, selaut pujian dan kesyukuran dipanjat terhadap Allah ‘Azzawajalla. Selawat serta salam buat kekasih-Nya Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga dan para pengikut Baginda sehingga ke akhir zaman. Sudah lama rasanya penulis tidak menulis. Tanggungjawab dan mas’uliyyat terlampau banyak berbanding masa. Pun begitu, kali ini penulis diberi kesempatan untuk mengetengahkan isu satu isu. Mungkin ianya isu lama, tetapi kejahilan sesetengah pihak membuatkan penulis sedikit ghairah untuk mengulasnya.
Penulis ingin menegaskan hanya orang yang JAHIL mengungkapkan istilah Dr. Muhammad Sayyid Tantawi Rahimahullah sebagai Tokoh Kontroversi. Iye, hanya orang JAHIL. Ini kerana mereka tidak dapat memahami apa yang di istilahkan oleh para ulama. Penulis memerhatikan beberapa fatwa yang menjadi kontroversi. Jawapan yang penulis dapat ialah kesalah fahaman dan ketidak fahaman sesetengah pihak yang menghukum beliau sebagai tokoh kontroversi. Penulis tidak ingin mengulas satu persatu masalah tersebut. Cukuplah penulis menasihatkan JANGAN BERCAKAP sekiranya ANDA JAHIL !
Sekilas Pandang
Anak lelakinya, Amru Muhammad Sayyid Tantawi berkata, persetujuan telah dicapai bahawa ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi' di Madinah Al-Munawwarah.Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau. Amin
Latar belakang ringkas Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah:
-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1928 di Kampung Salim As-Syarqiyyah di Muhafazah Sohaj di So'id Misr.
-Beliau menghafaz Al-Quran dan belajar di Iskandariah/Alexandaria, Mesir.
-Memperoleh PhD dalam bidang Hadith dan Tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat Mumtaz (cemerlang)
-Berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kuliah Usuluddin, kemudian beliau mengajar di Libya selama 4 tahun dan di Madinah Al-Munawwarah pula sebagai Dekan Kuliyyah Ad-Dirasat Al-'Ulya di Universiti Islam Madinah. Kemudian, beliau pulang semula ke Kaherah.
-Pada 28 Oktober 1986, beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negara Mesir.
-Pada tahun 1996, beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar.
-Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama terbilang di Al-Azhar yg mahir dalam bidang Tafsir dan mempunyai karya-karya penulisan yg bermutu.
-Antara karya-karyanya ialah: Bani Israel fi Al-Quran wa As-Sunnah (1969), At-Tafsir Al-Wasit li Al-Quran Al-Karim (1972), Al-Qissah fi Al-Quran Al-Karim (1990), Muamalat Al-Bunuk wa Ahkamuha As-Syar'iyyah (1991)
0 comments:
Post a Comment