Followers

Beberapa Persinggahan yang Bakal Kita Lalui


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..



Dalam keghairahan mengulas dan memberi pendapata berkaitan isu-isu semasa, penulis ingin menyeru diri penulis sendiri dan sahabat-sahabat pembaca yang dikasihi agar merenung sejenak hari-hari yang bakal kita lalui. Dalam menuju kehidupan yang abadi, kita sudah melalui beberapa persinggahan dan akan melalui beberapa persinggahan lagi iaitu :-
1. Alam Lahad
- Setelah kita masing-masing mengakhiri hidup dengan sesuatu kematian. Setuju atau pun tidak, kita kan dikirim ke alam barzakh. Satu alam yang gelap gelita dan sempit ! Bagi manusia yang mempunyai kekayaan dan kemewahan di dunia hari ini, sedikit pun harta dan kekayaan hari ini tidak akan di bawa bersama. Baring dan tidurlah kita sampai hari kebangkitan di lubang yang kecil di dalam liang lahad.
Andai kita membawa amal kebaikan, angin syurga akan ditiup ke dalam kubur kita. Tetapi kalau keburukan yang kita bawa ( Na’uzubillah), kubur kita akan diselimuti asap neraka dan kegelapan kubur itu penuh dengan seksa. Dalam batasan waktu yang lama itu, apa pilihan kita ? Angin syurga atau pun asap neraka ! Tepuk dada tanya iman. Hayatilah firman Allah Taala ;

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ * حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ * كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ * كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ * لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ * ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ * ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ *
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), * Sehingga kamu masuk kubur. * Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! * Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! * Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). * (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. * Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! * Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
2- Masa Peralihan
- Masa peralihan ini bermula dengan terjadinya hari kiamat setelah dipastikan bahawa semua makhluk Allah telah berakhir masa dunianya dan ditamatkan riwayat hidupnya. Masa ini disebut dengan penggantian alam dunia dengan alam akhirat dan sekali gus tamatlah ketika itu era yang fana dan bermulalah satu kehidupan yang kekal abadi selama-lamanya.
Ketika itu, bumi akan bergoncang dengan sehebat-hebatnya, gunung ganang menjadi hancur lebur. Manusia bertempiaran lari ke sana ke sini. Matahari, bulan dan bintang-bintang pecah berguguran dan bertaburan. Inilah disebut dengan hari qiamat !
3. Hari Kebangkitan
- Ketika itu, semua manusia, jin, malaikat dan iblis yang sudah mati dihidupkan kembali. Maka bangkit semulalah semua manusia sejak zaman Nabi Adam ‘Alaihis Salam hingga umat terakhir. Hari itulah disebut dengan perhimpunan agung antarabangsa atau Alam Mahsyar. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Hajj ayat 6 dan 7 ;

ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّهُ يُحْيِي الْمَوْتَىٰ وَأَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ * وَأَنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ لَّا رَيْبَ فِيهَا وَأَنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ مَن فِي الْقُبُورِ

Kenyataan tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah) dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. * Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.
Perhimpunan agung itu juga disebut sebagai hari penyesalan dan pembalasan sebagaimana firman Allah Taala dan Surah Maryam ayat 85 dan 86 ;

يَوْمَ نَحْشُرُ الْمُتَّقِينَ إِلَى الرَّحْمَـٰنِ وَفْدًا * وَنَسُوقُ الْمُجْرِمِينَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ وِرْدًا

(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertakwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan. * Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke Neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga.
Di hari mahsyar itu akan terbuktilah segala keadilan Allah Taala. Orang-orang yang taat diberikan nikmat dan orang munafiq akan merasai azab dan begitulah orang-orang yang kufur akan dikirimkan ke neraka ! Jika di dunia kita semua boleh duduk semeja, bergurau senda walaupun siapa kita, namun akhirat kelak kita kan ditentukan dengan amalan dan skill masing-masing. Maka adalah yang merasa celaka pada hari mahsyar kelak. Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 52 ;

قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَن بَعَثَنَا مِن مَّرْقَدِنَا ۜ ۗ هَـٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَـٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul.
4. Masa Penghisaban
- Setiap manusia dan jin tidak ada yang terkecuali. Perbuatan, percakapan dan amalan mereka akan dihitung satu persatu. Bermula dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara akan dipertanggungjawabkan ke atas bahu masing-masing.
Soal jawab, buku catatan amalan, tanyangan semula aksi-aksi manusia dan sebagainya akan berlansung sebelum manusia dibalas. Kesalahan sesama manusia juga dihakimi dengan seadilnya. Di dunia kita terlepas kerana kebijaksanaan peguam yang mewakili kita. Di dunia kita terlepas kerana kuasa yang kita ada, tetapi tidak di akhirat. Hakim Maha Adil disamping saksi dan bukti akan diperlihatkan kepada kita. Justeru yang terakhir barulah ditimbangkan segala amalan kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan. (Semoga Allah mengampuni kita semua).
Penulis ingin menasihati semua, selagi nyawa dikandung badan, berusahalah beramal dengan amalan yang baik sebanyak-banyaknya di samping ikhlas dan tawadhu’ kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Juga perlu diingat, kejahatan dan keburukan jangan sesekali cuba dibuat !

2 comments:

shameel Iskandar said...

sememangnya hidup ini sstu persingghan menuju ke destinasi abadi. Di sana segala mata wang di dunia ini tak lau lagi, jadi mata wang di dunia ini perlu ditukar kdp wang akhirat utk 'berbelanja' di sana nnt. Perbanyakkan saham akhirat.

arrogant said...

like it..tp lau bg lbh detail lg bgus..