Followers

Kehilangan Enjin J85-21di TUTUP dengan Isu Kalimah 'Allah' oleh Pemimpin UMNO

Photobucket

Assalamualaikum...salam mahabbah buat pengunjung sekalian.

Memang bijak para pemimpin UMNO cuba mengalih pandangan rakyat dengan menggunakan isu kalimah ‘Allah’ yang sedang hangat diperkatakan di sana sini. Pada pandangan penulis, isu ini sengaja dibesar-besarkan untuk menutup kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani berkata, hasil siasatan menunjukkan tiada pegawai tinggi tentera terlibat sebaliknya ia hanya membabitkan kakitangan peringkat bawahan. Sebagaimana laporan Utusan Malaysia semalam.

Betul ke tiada pegawai tinggi terlibat ? Apa yang penulis faham berkenaan "kakitangan peringkat bawahan" mungkin merujuk kepada "Senior Non-Commision Officers (SNCOs) '" yang terdiri dari anggota-anggota yang berpangkat Sjn, Flait Sjn dan Pegawai Waren. Mungkin juga ia merujuk kepada pegawai-pegawai rendah yang berpangkat Lt. Muda hingga Kapten. Penulis mendapat respon dari seorang teman yang pernah berkhidmat dalam TUDM yang menyokong kenyataan Peguam Negara. Berikut adalah petikan dari apa yang penulis terima :

Maka dalam isu kehilangan enjin J85-21 untuk pesawat F-5E ini, keterlibatan anggota-anggota peringkat bawahan (SNCO's) dan pegawai-pegawai rendah adalah tidak dapat dinafikan atau disangkal begitu sahaja. Tanpa penglibatan mereka, agak mustahil perkara ini boleh berjaya dilakukan.

Pada asalnya sekitar tahun 2006/2007, TUDM telah membuat keputusan menggantung operasi pesawat F-5E (deactivate) dan seterusnya akan dilupuskan (phased-out) apabila mendapat kelulusan kerajaan yang akan mengeluarkan tender untuk jualan. Mengikut perancangan, kesemua fleet pesawat F5-E ini akan digantikan dengan pesawat pejuang MIG-29, pesawat tempur supersonik F/A-18 Hornets, pesawat pejuang supersonik Sukhoi 30-MKM dan Hawks.

Berdasarkan kepada senario itu, maka terbitlah satu sindiket yang terdiri dari kalangan SNCO's dan pegawai-pegawai TUDM yang "intelligent" melihat akan peluang untuk meraih keuntungan dengan cara menjual apa jua peralatan yang boleh menguntungkan. Dalam pada itu, walaupun pesawat F5-E ini telah di 'deactivate" namun komponen-komponen dan alat-alat ganti termasuk engin pesawat F5-E ini masih perlu disenggarakan ketahap siapsiaga.

Engin pesawat F5-E itu dikatakan telah dihantar dari Skuadren Scorpion, pengkalan TUDM Butterworth ke Pusat Material 1, TUDM Kuala Lumpur. Dari situ engin berkenaan dihantar ke AIROD,. iaitu kontraktor pembaikan kerajaan yang dilantik. AIROD tiada keupayaan (capabilities) untuk mebaikpulih engin berkenaan dan ianya perlu dihantar ke luar negara untuk tujuan pembaikan ataau baikpulih.

Dalam tahun 2007 pula, TUDM telah membuat keputusan untuk mengaktifkan semula pesawat F5-E (reactivate) dengan operasi pesawat dihadkan kepada latihan dan pemantauan dalam kadar jumlah penerbangan yang minima, memandangkan operasi pesawat MIG-29, Sukhoi-30MKM, F/A-18 Hornet dan Hawks seringkali menghadapi gangguan bekalan alat ganti dan komponen dan terpaksa direhatkan sementara (AOG).

Maka dari sinilah puncanya engin berkenaan telah dikesan hilang dari inventori TUDM. Mungkin sindiket berkenaan telah merancang dengan begitu teliti bagaimana ianya tidak dapat dikesan selama dua tahun kerana engin berkenaan tidak kembali ke negara ini setelah penyiasatan oleh TUDM dijalankan. Adalah difahamkan, beberapa SNCO's dan pegawai-pegawai TUDM, kakitangan AIROD dan agen pengendali kargo yang terlibat telah disoal siasat oleh TUDM dan polis sejak lama dahulu sebelum ianya disiarkan kepada media.

Bagimana sindiket yang licik itu berjaya mendapatkan pembelinya di luar negara tidak pula diketahui. Ada kemungkinan engin berkenaan dihantar keluar negara atas alasan untuk pembaikan atau baikpulih dan kemudiannya dihantar kepada pembeli melalui arahan dari sindiket berkenaan selepas engin berkenaan dibaiki atau dibaikpulih.


Photobucket

Penulis tidak bercadang untuk mengulas secara panjang lebar berkenaan statement di atas, cuma penulis ingin mengajukan beberapa soalan untuk difikir bersama iaitu :

Adakah TUDM tidak membuat audit dalaman ? Jika dilihat amalan Tentera Darat, setiap tahun diadakan audit sekurang-kurangnya 2 kali. Mereka yang terlibat dengan audit ini adalah mereka diluar cawangan tersebut bahkan adakalanya dari pasukan lain. Tujuan audit adalah memeriksa lejer dengan fiskal.

Sebagaimana maklumat yang penulis dapat, apa jua dokumen pembaikan luar (local repair) ditandatangani oleh pegawai pemerintah ke atas iaitu mejar ke atas. Dan pegawai tersebut perlu tahu di mana peralatan itu berada dan sekiranya tempoh yang mencurigakan, pegawai tersebut boleh menyiasat kedudukan pembaikan peralatan tersebut.

Adakah ini dilakukan oleh pihak TUDM ? Bagaimana pula penyata asset yang berstatus boleh guna/gerak (BG), tidak boleh guna (TBG), tidak ekonomi dibaiki (TEB) dan sebagainya yang mana setiap bulan perlu dimajukan ke markas atasan.

Sekiranya enjin tersebut dihantar ke pembaikan tempatan yang mana syaratnya adalah tiada kepakaran dan memerlukan pembaikan segera, sudah pasti pegawai memerintah mahupun pegawai atasan tahu dimana kedudukan enjin tersebut.

Bagaimana pula pegawai TUDM yang ditempatkan di AIROD adakah dia tahu tentang kehilangan enjin ini ? Yang paling tertarik, enjin tersebut diistiharkan besi buruk sedangkan untuk mengistiharkan satu-satu asset sebagai besi buruk ianya memerlukan laporan NMD dan sijil TEB.

Bagaimana pula enjin tersebut boleh dibawa keluar tanpa kedua-dua dokumen penting ini untuk diistiharkan sebagai besi buruk. Selain itu, pelupusan besi buruk adalah melalui kementerian kewangan untuk melantik syarikat pembeli besi buruk tersebut.

Pada pandangan penulis, semua anggota termasuk pegawai TUDM di Pangkalan TUDM Sg Besi dan kakitangan Airod terlibat dengan kehilangan enjin ini dan mereka semua perlu disiasat tanpa terkecuali seorang pun. Penulis juga berpendapat terdapat banyak kelemahan dalam TUDM yang perlu diatasi segera termasuk dalam urusan kendalian stok terutama dokumentasi pembaikan tempatan (local repair). Salah satu cara untuk mengatasi kelemahan tersebut adalah dengan menukar kerajaan UMNO la ni. Ini merupakan pandangan peribadi penulis selepas melihat senario ini dibahaskan di dada-dada akhbar sebelum ditutup dengan isu kalimah ‘Allah’ oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang kononnya membela Islam. Kalau betul hangpa bela Islam, kenapa kes ribuan orang Islam murtad hangpa duk saja ! Sekian..

0 comments: