Followers
Nabi Nuh AS membina kapal..
Salam mahabbah buat pengunjung sekalian
Sedikit catatan peristiwa berkenaan dengan kisah Nabi Nuh AS dan para pengikutnya diselamatkan Allah dari taufan yang melanda pengikutnya yang ingkar dengan seruan tauhid Baginda.
Nabi Nuh AS dilahirkan selepas 1000 tahun kewafatan Nabi Adam AS. Motifnya juga seperti diutuskan nabi-nabi lain dengan membawa seruan tauhid dan pengabdian diri hanya kepada Allah SWT. Dakwah siang dan malam Nabi Allah Nuh AS ditolak oleh kaumnya. Pengaduan Nabi Nuh AS kepada Allah tentang keingkaran kaumnya seperti yang dirakamkan dalam Surah Nuh AS ayat 5 dan 6.
“Nabi Nuh berkata :Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran)”
Apabila seruan selama 950 tahun ditolak oleh kaum sendiri, maka Allah SWT berfirman dalam Surah Nuh ayat 11 yang bermaksud “nescaya Allah akan mengirimkan ke atas kamu hujan yang sangat lebat”. Maka Allah SWT memerintahkan Nabi Nuh agar membina kapal bagi menyelamatkan orang-orang yang beriman dari banjir besar yang akan ditimpakan kaumnya yang ingkar dengan seruan tauhid.
BEBERAPA GAMBARAN KAPAL YANG DIBINA NABI NUH AS DAN PENGIKUTNYA
Panjang dan lebar kapal yang dibina Nabi Nuh AS mempunyai beberapa pandangan. Imam Thauri berkata panjang 80 hasta = 36.58 meter dan lebar 50 hasta = 22.86 meter. Imam Qatadah berkata panjangnya adalah 300 hasta dan lebarnya 50 hasta. Adapun Imam Hasan Al-Basri berkata panjang kapal tersebut adalah 600 hasta dan lebar 300 hasta. Pendapat Ibnu Abbas berkata panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 hasta = 548.64 meter dan lebarnya 600 hasta = 274.32 meter. Jumlah sebenar hanya Allah Taala sahaja yang Maha Mengetahui. Kapal tersebut mempunyai 3 tingkat dan setiap tingkat bertinggian 10 hasta. Bagi tingkat pertama adalah dikhususkan untuk binatang-binatang dan serangga. Manusia ditempatkan ditingkat kedua dan burung-burung diletakkan dibahagian atas.
Imam Qatadah menceritakan : mereka semua (80 orang beriman bersama isteri masing-masing) menaiki kapal tersebut pada 10 haribulan Rejab. Mereka berlayar menghadapi ribut dan gelombang yang mencecah setinggi 15 hasta selama 150 hari iaitu bersamaan 5 bulan. Kemudian kapal tersebut berlabuh di bukit Judi pada 10 Zulhijjah dan mereka keluar dari kapal tersebut pada 10 Muharram dalam keadaan berpuasa kerana bersyukur terhadap Allah diatas tamatnya azab yang ditimpakan kepada orang-orang kafir. Wallahu A'lam
0 comments:
Post a Comment