Followers

MyKad Palsu untuk Kemengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13

Sungguh mengejutkan ! pun begitu ia bukanlah perkara biasa untuk dibicarakan sebenarnya. Sebelum ini pun memang sudah ada kejadian seperti berlaku terutamanya menjelang sesuatu pilihanraya kecil di negara Malaysia tercinta. Malah, sebelum ini juga kita ada  mendengar pendedahan tentang sindiket yang sama beberapa tahun yang lalu. Kini seolah-olah penyakit ini berlaku lagi. Apa yang ingin penulis paparkan di sini ialah berkaitan satu maklumat terbaru yang sungguh menggemparkan kini berlaku. Ia berkaitan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kian menjadi-jadi sekarang ini. Ini berlaku di sebuah lokasi di Grik Perak dan kejadian tersebut melibatkan puak-puak UMNO sendiri. Menurut sumber, kini pihak terbabit sedang menyiapkan 500 kad pengenalan untuk kumpulan mereka yang kebanyakannya merupakan rakyat Thailand. Mereka diberikan kad pengenalan dengan bersyarat dan perlu mengisi borang keahlian UMNO. Malah, mereka diwajibkan mengundi BN untuk tiga kali pilihanraya umum akan datang. Ada pihak yang prihatin masih mengumpul maklumat sahih dan bahan bukti untuk kes ini. Menurut pihak tersebut, mereka mempunyai saksi penting yang menjalankan kegiatan demikian bagi pihak UMNO. Bila ditanya, apakah motif tindakan ini dilakukan maka dengan mudah mereka menjawab bahawa ia adalah satu strategi untuk memastikan UMNO BN menang besar dan berjaya merampas semula negeri yang dikuasai pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.
Bagi penulis, mencetak mykad palsu bukanlah merupakan perkara yang remeh. Bahkan ianya memerlukan strategi yang kemas di samping penglibatan beberapa agensi kerajaan. Justeru, bila difikir-fikirkan, jawapan yang diterima ialah memang wujud satu usaha terancang di antara UMNO dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) sendiri dalam usaha memastikan kemenangan UMNO-BN untuk pilihanraya akan datang. Sekali lagi taktik kotor UMNO di hidu. Tapi sesetengah rakyat masih lagi buta dan pekak dalam menilai isu ini. Sekian..

1 comments:

Fathi Adha said...

sbb BN perlu menang dlm PRU-13

1. boleh halalkan judi lagi
2. boleh join APCO
3. boleh ta kedarah duit rakyat
4. boleh tipu rakyat lagi
5. boleh besarkan lesen arak plak (dah lulus, rumah pelacuran dll)
6. yg penting boleh tgk PM pempuan.

percayalah janji-janji BN.