Salam ziarah kepada pengunjung sekalian
Tidak salah mencari harta. Tidak salah berusaha mendapat kekayaan dunia asalkan sahaja ia boleh mendatangkan manfaat untuk akhirat. Jangan sesekali harta dan kekayaan itu menjadi benteng penghalang antara kita dengan Pencipta. Pastikan juga segala harta dan kekayaan tidak menjadi penyebab terputusnya hubungan antara hamba dengan Tuhan-nya.
Justeru, pastikan harta dan kekayaan menjadi wadah ke arah meningkatkan amal kebajikan dan memacu diri untuk lebih giat beribadah kepada Allah S.W.T. Antara lain, sedekahkan sebahagian harta kepada orang lain yang memerlukannya. Apa sahaja yang kita miliki, seandainya ia boleh memberi manfaat kepada orang disekeliling kita, ia adalah terhitung sebagai infak fisabilillah.
Kita juga memerlukan makanan dan minuman untuk meneruskan kelansungan hidup. Makanan yang dimakan serta minuman yang diminum adalah bagi membekalkan tenaga untuk digunakan bagi melakukan aktiviti, sama ada untuk kesinambungan usaha mencari rezeki, melakukan ibadah serta melaksanakan kerja-kerja amal. Lantaran itu, apa sahaja yang dibelanjakan untuk tujuan ini adalah dikira infak fisabilillah.
Namun, pastikan segala harta dan wang ringgit yang digunakan untuk mendapatkan makanan, minuman, membeli rumah dan pakaian adalah dari sumber yang yang halal seratus peratus agar segalanya akan terhitung sebagai infak fisabilillah.
0 comments:
Post a Comment